Kita biasa melihat patung-patung yang mengabadikan wira-wira. Ada juga yang mengabadikan tokoh-tokoh. pun begitu ada juga yang mengabadikan ilmuan-ilmuan. Pendek kata siapa sahaja yang ada nama kebarangkalian untuk dipatungkan dirinnya memang biasa di Barat. Di Timur ianya bukan perkara biasa. ada sekatan agama. Ada sekatan adat. Bukan kebiasaan. Jika ada sekalipun patung hanya untuk orang yang sudah tiada. Lain keadaannya di Barat. Banyak nama hebat yang boleh diabadikan. Tempat yang paling unik ialah di Museum Lilin - Madame Tussaud di London. Selalu disebut Wax Museum. Sebut sahaja nama manusia yang pernah disejarahkan ada di situ. Nama yang besar dalam apa bidang sekalipun ada di situ. Dari pemimpin negara dan politik hinggalah kepada selibriti dalam segala bidang. termasuk juga keluarga diRaja. Orang-orang glamour. Mereka yang terkenal dalam hal yang tidka wajar. Kesemuanya dipatunglilinkan.
Sayangsekali jika tiak singgah. Sememtelah sudah berada di London tinjau juga apa yang ada di dalamnya. Namanya sahaja ada istilah museum. Barangkali ada artifak lama. Cebisan sejarah lama. Tidak. Yang ada adalah patung-patung lilin. Di situlah saya menemui Napoleon (France), Hitler (Germany), Idi Amin (Uganda), Stalin (Russia), Queen Elizabeth II dan keluarganya, tokoh-tokoh filem, sasterawan dan berbagai lagi orang-orang dijadikan terkenal pada zamannya. Itu yang saya dapati bahawa, jika benar ukuran saiznya, saya lebih tinggi dari Napoleon Bonaparte. Manusia kecil yang menggugat Eropah. Pendek kata saya menemui orang-orang yang pernah saya baca sejarahnya. Malangnya hanya lilin yang saya temui. Bukan tubuh sebenarnya. Tidaklah mereka bersuara. Tidaklah mereka menjabat tangan saya. Tidak adas enyum tawa yang boleh didengar. Mereka dirakam mati tanpa gerak dan geri. Berdiri atau duduk di situ menunggu setia pengunjung yang menjengah. Pelancong yang datangnya dari mana-mana.
Barangkali pada tahun 80an dan 90an Puteri Diana adalah wanita paling dikenali di seluruh dunia. Lebih gah dari ibu mertuanya Queen Elizabeth II. Keayuan dan kelem butannya memikat dan memukau sesiapa saja. Lirikan matanya menikam-nikam. Senyumnya menusuk qalbu. Tinggi dan lampainya kalah model yang bergelar super model. Pakainya selalu menajdi trendy. Rabutnya diabadikan oleh semua orang yang memiliki miripnya. Patungnya di sebelah Queen. Walaupun Queen pernah muda dan pernah cantik, Diana dilihat lebih lagi cantiknya. Sayangnya hidupnya tidak bahagia. Ada sarang duka dan lara ceritanya. Merana kerana kebahagiaan yang tidak pernah kekal lama. Perceraian yang memeritkan. Hidupnya berakhir dengan tragedi bersama Dodi al-Fayed. Hingga sekarang inquestnya tidak pernah jelas. Apa sebenarnya yang terjadi. Apa motifnya.
Ini patung seorang pelakon Hollywood yang melakonkan watak Kojek. watak keras dan menggerunkan penjenayah-penjenayah. Biasalah orang putih lebih tinggi dari saya. Namun saya masih boleh menyaingi ketinggiannya. Tidak semua orang putih besar dan tinggi. Cuma pada kebanyakan masa begitu gambaran yang dilihat. Jangan risau mereka ramai juga yang lebih rendah dan lebih kecil dari kita. Akhirnya bukan saiz yang penting. Taqwa lebih penting dari yang lain. Kembali kepada Islam tiada tandingan nikmat dan nyamannya.
Masyarakat mereka suatu ketika dahulu. Tidak Islam tetapi menutup aurat. Tubuhnya di tutup lingkup. jejari kaki atau tumit langsung tidak kelihatan. Sayang, kepala tidak ditudung. Jika tidak gambaran Islam tentu terserlah. Yang dipakai hanya topi hiasan. Bukan juga pelindung panas.
Iron Lady. Itulah gelae]ran Margaret Tacher, perdana menteri Britain suatu ketika dahulu. memimpin sebuah negara besar di Eropah mengujaka ramai orang ketika itu. Tinggi orangnya. penuh yakin dengan dirinya sendiri. Boleh mengawal dunia khususnya Commonwealth. Negara-negara bekas tanah jajahan Britain. Diabadikan juga dalam filem.
Ini imej keluarga diRaja Englang dahulu kala. Pakaiannya yang lavish dan mahal. Mereka hidup penuh kemewahan. Namun di sebaliknya hidup mereka penuh dengan hasad dengki. Penuh dengan fitnah dan umpat keji. Pengkhianatan berlaku dalam keluarga sendiri. yang penting kuasa. Keluarga diRaja England yang mengimposekan kuasanya ke atas Scotland, Wales dan Ireland.
Anak-anak kecil selalu dihidangkan dengan cerita ini. Berzaman-zaman ianya diulang-ulang. Dari nenek kepada anak. Kepada cucu. Kepada cicit. The Sleeping Beauty. Tidaurnya sangat lama. Seorang putera berkuda datang terjumpa. Jatuh cinta pandang pertama. Kucupan azimat kali pertamanya membuka mata si cantik manis. Terjaga dari tidurny ayang panjang. Sumpahan si tukang sihir yang cair kerana sebuah ciuman. Berkahwinlah mereka dan bahagia ever after. Itu ceritanya. Patungnya di atas katil. Bukan di hutan belantara. Patungnya itu dipasang jantung palsu yang bercahaya seiring dengan degupan jantung. Bila kembang berwarna merah menyala. Bila kecut malap sedikit warnanya. Hiduplah patung itu bak puteri yang beradu. Nafasnya naik turun. Wajahnya sangat ayu. Beradunya sesejuk salju.
Rasanya ramai yang mengenal Agatha Christie. Penulis yang prolifik dengan novel penyaisatannya. Bukuna ada di perpustakaan sekolah. Diterjemahkan dalam banyak bahasa. Orangnya dilihat sangat simple. barangkali dalam jasadnya banyak isi untuk dikongsi.
Itulah cerita dari museum patung lilin Madame Tussaud, London. Banyak mengerti dengan melihat patung-patung lilin yang dipamer. Pakaian paling menonjol. Fizikal mereka dapat dilihat. Gambaran dari sejarah manusia. Kepada mereka semuanya boleh. Tiada sekatan mengabadikan kehidupan manusia dalam bentuk apa sekalipun. Itu baru lilin. Banyak lagi yang dibuat dari gangsa. Dari batu. Arca. Lukisan. Sekarang lagilah banyak. Teknologi menukar medium penyampaian kepada khalayak yang ramai dan pelbagai. Nyawa sahaja yang mereka tidak pandai. Mereka mencuba dengan robot. Tidak mungkin menyamai manusia yang memiliki roh dan perasaan. Replika itulah yang paling hampir dapat mereka lakukan.
No comments:
Post a Comment