Sewaktu haji wida’ pada tahun ke-8 hijrah Rasulullah menerima wahyu yang mengisyaratkan bahawa Islam telah Allah sempurnakan syariatnya. Firman Allah itu terkandung dalam surah al-Maidah ayat ketiga (5:3) -
Maksudnya: Pada hari ini Aku telah sempurnakan kepada kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redha akan Islam itu menjadi agama untuk kamu.
Apabila medengar ayat itu sahabat-sahabat kabir terasa tersentap. Meruntun sedih jiwa mereka. Saat dan ketikanya kekasih Allah akan meninggalkan mereka. Apabila Islam telah sempurna maka peranan Rasulullah akan ditamatkan. Tugasnya telah selesai. Para sahabat yang wajib meneruskannya. Yang Rasulullah tinggalkan ada dua. Al-Quran dan al-hadith. Dalam kedua-duanya terhimpun segala kesempurnaan syariat Islamiyyah. Ilmuan Islam telah meningalkan banyak khazanah ilmu. Ulamak sekarang tetap perlu mengemukakan ilmu yang sesuai dengan peredaran zaman. Tidak boleh berhenti. Dunia beredar. Dinamik. Malah kadang-kadang volatile.
Dalam surah al-Baqarah ayat ke132 (2:132) Allah berfirman:
Maksudnya: Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga Nabi) Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: Wahai Anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam.
Apabila kita berhadapan dengan pilihan maka pilihan yang terbaik ialah Islam. Pilihan yang tiada saingannya ialah Islam. Pilihan yang utama ialah Islam. Tidak ada argument. Full stop. Who says? Allah says so. Al-Quran memaktubkannya begitu. Rasulullah bersabda begitu. Para nabi terdahulu bersabda begitu. Itulah sebahagian dari pengakuan iman kita. Percayakan kitab. Percayakan Rasul. Maka menjadi tanggungjawab semua orang Islam untuk berusaha melaksanakan apa sahaja yang namanya Islamiyyah. Tanggungjawab itu mengikut kemampuan masing-masing. Mengikut bidang masing-masing. Suatu tuntutan wajib. No compromise. Sebab itu dakwah bukan milih orang tertentu. Semua orang yang namanya menganut Islam wajib melaksanakannya. Tanggungjawab kita semua. Tidak mampu? Sebab itu ayat pertama Allah wahyukan kepada Rasulullah ialah:
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ
Maksudnya: Bacalah dengan nama Tuhanmu yan telah menjadikan.
Itulah ayat pertama yang wajib didengarkan kepada orang Quraisy penduduk Makkah. Iqra’ bukan sahaja bermaksud membaca. Ulamak telah terlalu ramai yang mentafsirkan bahawa gandingan membaca ialah mengkaji, menyelidik, membuat eksperimen dan melakukan apa sahaja untuk mengetahui. Untuk melaksana. Untuk mengamal. Untuk menjadikannya benar-benar dalam konsep al-din. Agama yang satu. Agama yang unggul. Agama yang terpilih di sisi Allah. Agama yang telah diredhai sebagai agama yang terbaik.
Allah mewahyukan al-Quran dalam bahasa Arab Quraisy yang terindah. Higga sekarang tiada bahasa yang lebih indah dari bahasa al-Quran. Setiap huruf ada maknanya yang tersendiri. Setiap kalimah ada maknanya yang tersendiri. Setiap ayat ada makna yang tersendiri. Dalam satu kalimah kadang-kadang-kadang mengandungi rangkaian makna. Dalam satu ayat banyak makna dan konteks perbicaraan. Namun begitu wahyu Allah tidak memberikan perincian yang selenkap-lengkapnya supaya mudah untuk dilaksanakan. Allah Yang Maha Mengetahui. Sesungguhnya Allah mahukan kita mengkajinya. Mencari faedahnya. Menjadikan kita rajin dan terkehadapan. Beruntunglah bagi mereka yang berusaha. Dirinya terlepas dari tanggungjawab itu. Bila nanti ditanya apa yang kamu gunakan ilmumu, boleh dijawab bahawa ilmu yang kau kurniakan kepadaku ya Allah telah aku dakwahkan kepada saudara-saudaraku seIslam.
Bila ada mereka yang mempropogate Islam sepatutnya kita sokong. Bila ada yang mencuba ke arah Islam wajiblah kita sokong. Memanglah sesuatu yang baru tidak sempurna. Kita mungkin sahaja tidak menerima operasinya. Teorinya. Gagasannya. Tetapi kita wajib menerima ideanya. Pada peringkat awalnya pasti tiada kesempurnaan. Hanya ilmu Allah sahaja yang sempurna. Dalam Islam kita merujuk kepada al-Quran. Jika tiada kita rujuk al-Hadith. Jika tiada juga maka mereka yang mujtahid berijtihad kerana mereka mampu melakukannya. Selepas itu mereka berijtimak (bersidang) dan mengambil keputusan yang namanya ijmak (consensus). Prosesnya tidak berhenti di situ. Seperti kata Kanang “Agi idup agi ngelaban”.
Orang yang pakar dalam bidangnya dipanggil alim. Alim itu pakar. Tidak mengira bidang apa. Itu bahasa Arab. Hanya dalam bahasa Melayu alim dikhususkan kepada mahir dalam bidang agama. Alim untuk seorang yang pakar. Apabila ramai mereka dipanggil ulamak. Dalam sebuah hadith Rasulullah bersabda yang mafhumnya bahawa ulamak adalah pewaris para nabi. Mereka bekerja keras untuk terus melestarikan Islam dan tuntutannya. Tanpa mereka kita mungkin tersalah arah.
Apabila sesuatu idea tentang menambahbaikkan Islam, alim atau ulamak melakukan proses yang panjang untuk bersepakat menerima sesuatu fatwa. Setelah semuanya dirujuk. Setelah semuanya dipastikan kebenarannya. Setelah difikirkan maslahah umum. Setelah difikirkan bahawa itulah adalah lebih baik untuk Islam. Fatwa bukan milik hak seseorang. Bukan main-main. Sebab itu kita wajib membuka minda untuk mengerti Islam dan tuntutannya. Belajar ke arah itu sangatlah perlunya. Islam itu logik. Tetapi berpegang hanya kepada logik akal tidak membantu memahami Islam. Dalam kes membayar zakat umpamanya. Tidak ada bezanya dari segi pengiraan. Formulanya sama. Variabelnya sama. Tetapi perbezaannya sangat besar. Antara bumi dengan langit.
Membayar zakat mengikut tahun Syamsiah berdasarkan 365.25 hari setahun. Berdasarkan tahun Qamariah pula ianya berdsarkan 354 hari setahun. Terdapat perbezaan sebanyak 11.25 hari setahun. Berlaku setiap tahun. Setiap 30 tahun syamsiah bersamaan dengan 31 tahun Qamariah. Dari segi zakat yang dibayar mungkin sama jumlahnya. Tetapi, tetapi mengikut tahun Syamsiah adalah tidak Islamik. Konsep Islamiyyah tidak dilaksanakan. Asnaf yang berhak menerima zakat sepatutnya menerima bahagian mereka dalam julat waktu selama 354 hari setahun. Bukan melewatkannya selama 11.25 hari kemudiannya. 11.25 hari tertunggak. Berhutang dari segi hak. Dari segi tanggungjawab. Dalam Islam setiap perbuatan ada nilainya. Setiap pemikiran ada nilainya. Setiap tindakan ada nilainya. Setiap penilaian tentu menghasilkan tidakan yang berbeza. Maka cuba kita fikirkan nila pahala dan dosanya jika tidak mengikut tahun Qamariah. Jika tidak bertindak secara Islamiyyah.
Allah Maha Mengetahui bahawa pada akhir zaman kita terlalu cenderung mengutamakan bulan dan tahun Syamsiah. Allah memberi bayangan tentang hal ini seperti dalam firmanNya dalam surah al-Kahfi:
Maksudnya: Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: tiga ratus tahun (dengan kiraan ahli kitab), dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu).
Kiraan ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) menggunakan tahun Syamsiah. Kiraan kita tentu sahaja mengikut tahun Qamariah. Pemuda-pemuda kahfi telah Allah tidurkan selama 300 tahun Syamsiah yang bersamaan dengan 309 tahun Qamariah. Sila lihat entri Hijriyyah Vs Masehi - dihimpunkan semula. Sekarang ini sampai masanya kita kembali kepada Islamiyyah yang dituntut bagi semua umat Islam. Jangan keliru dengan:
Maksudnya: Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur).
Bagi mereka yang kufur tidak ada paksaan untuk mereka menganut Islam. Tiada paksaan untuk mereka mengikut syariat Islam. Tetapi bagi orang Islam tiada pilihan. Bertanggungjawab untuk mengikut Islam. Bukan paksaan. Setelah menerima Islam makan wajib menerima segala yang diperaturkan oleh Islam. Tanggungjawab wajib untuk melaksanakannya. Mengerjakannya. Mengamalkannya. Bila ada orang Islam yang mengemukakan idea Islam perlu diterima secara prinsip terlebih dahulu. Bantu untuk menjadikannya lebih istimewa dari sistem yang sedia ada. Sistem konvensional yang terlalu lama mencengkam diri.
Kebaikan islam telah dirasai oleh orang yang bukan Islam. Orang Islam sendiri seperti kebingungan dengan Islam yang mereka anuti. Mereka mengambil kulitnya tetapi tidak mengambil substancenya. Rohnya. Kita telah lama lena dalam lingkungan sekular. Marilah kita mencari Qamariah bukan Syamsiah.
No comments:
Post a Comment