Hari ini banyak soalan yang terjawab. Nama sekolah sudah diketahui. Tapi di mana ya? Rasa macam pernah dengar, tapi tak pasti di mana. Tanya sesama rakan lagilah tak tahu. Masing-masing teruja dengan diri sendiri. Pertanyaan rakan antara dengar dengan tidak. Hendak menjawab terasa berat. Soalan dalam hati minta dijawab. Menjerit-jerit minta jawapan. Sekolah mana ni? Ikut jalan mana? Jauh ke? Siapa yang tahu ya?
Ingat tak dulu waktu kau menjalani latihan mengajar? Kau minta negeri kau sendiri. Dekat dengan emak. Dekat dengan ayah. Dekat dengan rumah. Dekat dengan kampung. Dekat dengan buah hati. Dekat dengan semua yang menjadi kebiasaan. Tidak mahu pergi jauh. Malas hendak memikirkannya. Sekolah yang paling dekat menjadi pilihan.
Mungkin tidak ramai yang ingin tahu. Menempatkan pelajar bukan semudah menyenarai nama. Betapa banyak sekolah yang menolak. Betapa banyak sekolah yang berhelah. Yang memberi alasan. Senarai sekolah berubah dan berubah. Tiada kepastian hinggalah tarikh taklimat.
Ketika itu kau hanyalah pelatih. Perlahan menapak ke pintu pagar. Assalamualaikum. Saya pelatih dari UTHM. Hari ini nak melapor diri. Saya akan mengajar di sini selama empat bulan. Nak tanya, mana pejabat Pengetua. Terpana sebentar pengawal. Apapun diangkat tangannya. Ditunjuk mana arahnya. Nanti dulu cik. Tulis nama. Pakai kad pelawat ni ya.
Antara malu dan segan. Antara takut dan cemas. Antara semamgat dan tekad. Pejabat dituju. Assalamualaikum. Sekali lagi dialog sama di pos pengawal tadi berulang di pejabat. Pengetua ada? Silakan. Kerani memandu jalan. Pintu diketuk. Cikgu pelatih dari UTHM. Sila masuk. Sila, sila. Sila duduk. Lega sedikit hati kau. Ramah juga pengetua ni. Alhamdulillah. Degupan jantung reda. Debaran mula mendatar. Bolehlah santai sedikit. Hilang ketegangan tubuh badan sejak tadi.
Dialog-dialog ringan berlaku dan berlalu. Boleh pula duduk di asrama. Maklum bahawa ada tugas menanti. Kena banyak menyumbang. Kena tinggalkan jasa dan bakti. Sesuatu yang berimpak mesti nanti dapat dilihat dan dinikmati. Bolehlah sekolah menyata, ini kerja pelatih UTHM tahun 2009. Ala, lupa pula nama mereka. Biasalah. Pelatih datang dan pergi. Sukar diingat nama-nama mereka. Itu dulu. Itu adalah sebelas bulan dulu. Liku-liku latihan mengajar yang penuh cabaran. Namun diakhirnya banyak saat manis waktu ditinggalkan.
Hari ini kau kembali ke sekolah. Kembali lagi dalam sesuatu yang berlainan. Kini kau bukan pelatih lagi. Pelatih yang perlu dibimbing. Yang perlu diajar. Yang perlu ditunjuk. Tidak kurang yang ditegur. Yang dikritik pedas. Terima sahajalah. Penyelia pula menggerunkan datangnya. Penentu hidup atau mati. Takut atau berani. Yet at the end of the day you survive. Pembimbingmua adalah profesional. Pensyarahmu juga profesional. Bolehlah senyum kerana komen-komen yang positif. Komen yang melegakan. Memberi semangat untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai.
Saat ini kau datang sebagai gutu terlatih. Tidak kisahlah walaupun masih sebagai guru sandaran. Tapi kali ini suaramu sangat diam. Tiada minta-minta. Hanya menunggu dengan debar. Ikutlah ke manapun diarah. Tunggu nama sekolah diberi. Tidak ada daya hendak meminta. Tidak ada kekuatan untyk membantah. Hari ini kau jadi yang menurut perintah. Terima hakikat itulah suratan. Itulah kehendak Allah. Di sekolah itu kau akan menetap. Membina kerjaya yang akan menapak setahap demi serahap. Terimalah profesion ini untuk jangkamasa 40 tahun dari sekarang. Bila kau bersara nanti, aku sudah tiada. Lama dahulu sebelum kau apa-apa. Entah-entah ada antaramu yang belum berumahtangga. Atau mungkin belum lagi menimang cahayamata. Atau tunang entah lari ke mana.
Hari ini kau sampai di sekolahmu. Inilah sekolah pertamamu. Di sini nanti kau akan membina kerjayamu. Yang dulu pernah kau sumpahkan. Untukmu negara. Akan ku sumbang bakti dan jasa. Anak bangsaku menantiku. InsyaAllah hujung tahun 2011 kau sudah ada peluang untuk dilantik ke jawatan tetap. Lulus kursus induksi. Untuk disahkan dalam jawatan tetap. Paling lamapun hanya tiga tahun untuk menjadi guru tetap dan dimasukkan ke dalam skim berpencen. Tiga tahun nanti kau bebas terbang untuk mencipta nama. Menerima keistimewaan sebagai penjawat awam. Sekatan-sekatan perjawatan semakin berkurangan.
Nanti di hospital kau akan di kelas pertama. Tentumnhya bagi yang wanita. Mungkin saban tahun menghuni bilik kelas pertama itu. Anak pertama, anak kedua. Anak-anak nanti yang berderet-deret datangnya. Saban tahun menjelma. Meriangkan suasana. Mudah-mudahan ya Aallah. Hidup ini ku serahkan kepadaMu jua. Aku lemah. Berilah aku kekuatan untuk menghadapi kesemuanya ini.
Kau nanti boleh meminjam untuk membeli kenderaan. Membeli komputer. Menjadi ahli kelab profesional. Boleh memohon untuk ijazah sarjanamu. Nanti PhDmu akan menyusul. Itu belum rumah. Belum lagi mengumpul harta. Membina mahligai dan istana. Hidup bermewah-mewah. Menikmati jerih perih waktu belajar dahulu. Yang dulunya kau tidak mengerti kenapa mesti belajar. Kenapa mesti mengejafr impian. Kenapa mesti mencapai kecemerlangan. Kenapa mesti lulus. Kenapa perlu ijazah. Hari ini baru kau tahu hakikat itu. Ijazah kau itulah yang menjadi pasport untuk semua yang akan kau nikmati hingga ke akhir hayatmu nanti.
Saatnya akan tiba nanti kau nikmati semua yang yang impikan. Jangan terkejut ada imbuhan-imbuhan yang tidak pernah kau hasratkan. Yang tidak pernah kau dambakan. Yang tidak pernah kau fikirkan. Semuanya akan datang menerpa satu persatu. Itulah erti kejayaan. Itulah erti susah payah. Itulah erti nikmat. Kau dikejar bahagia yang dulu tidak pernah memberi makna. Datang dan datang lagi. Terurai rasa senang. Kelegaan yang menjulang-julang. Perasaan gemilang yang mengawan. Tinggi dan tinggi.
Syukur kepadamu ya Allah. Kesemuanya keranaMu ya Allah. Alhamdulillah. Bimbinglah aku ke jalanmu yang Kau redhai. Aku lemah. Oleh itu janganlah Kau berati aku dengan ujian yang tidak dapat ku tanggung. Hanya Kau yang Maha Mengetahui. Amin ya Rabbal ‘Alamin.
No comments:
Post a Comment