Thursday, April 1, 2010

Secara Kebelulan - Terima Kasih Banyak-Banyak

Dalam kehidupan kita ini, kita selalu bersua dengan hal-hal yang kebetulan. Perancangan Allah. Kita dipertemukan dan dipisahkan. Mudah-mudahan dalam lindungan Allah jua. Sudah tentu dalam banyak keadaan kita selalu bertemu dengan orang yang baik-baik. Yang menyenangkan. Yang mendamaikan perasaan. Melaluinya kita membina ukhwah, persahabatan, kemesraan dan hubungan kemanusiaan yang merentas usia, pangkat, agama, bangsa dan negara. Antara orang yang baik-baik itu ada pula yang lebih baik lagi.

Begitulah penilaian kita bila berhadapan dengan situasi-situasi tertentu. Secara psikologi kita tidak lepas dari membuat penilaian. Minda kita, perasaan kita, mata hati kita memberikan pertimbangan. Impaknya terkesan dalam ingatan. Walaupun ianya mungkin a simple genture. Ianya tetap kenangan yang abadi dalam ingatan.

Bagaimana tidak diingat kerana kedatangan saya ke Alor Setar memang ditunggu. Selamat datangnya disampaikan melalui facebook. Macam manalah orang-orangnya. Saya belum kenal mereka secara peribadi. Rasanya bukan pelajar-pelajar yang pernah berada di kelas-kelas saya. Mereka sudah membina satu hubungan yang agak peribadi dengan saya. Hanya pada hari Ahad 28 Mac 2010 saya bertemu pelatih-pelatih yang bernama Mohamad Haswandi, Mohamad Akmal, Sazwani, Siti Sufur, Nur Fahriz, Siti Azyyati, Nur Adila, Sharliati dan Siti Najhan.

Cepat sungguh mereka mesra. Macamlah saya pernah menjadi pensyarah peribadi mereka. Mereka tidak kekok dan tidak membina tembok. Tembok itu mereka runtuhkan apabila bertemu saya. Saya berikan taklimat ringkas dan mempastikan jadual mereka memang akan dapat dilaksanakan. Biasalah begitu supaya saya diberi kemudahan merancangkan masa dan tempat yang bersesuaian. Saya takut kadang-kadang bila hendak diselia mereka mengadakan aktiviti yang sukar diselia seperti mengadakan kuiz, ujian atau aktiviti lain.

Yang agak memeranjatkan saya ialah di akhir taklimat itu mereka bukan bertanya hal yang berkaitan dengan praktikum mereka. Tetapi sebaliknya bertanya bila saya lapang. Mereka hendak menjamu saya. Allahu Akbar. Bila mereka merancang semua ini. Mereka bukan sahaja menjadi pelatih-pelatih yang dipuji melambung oleh Pengetua, Penolong Kanan dan Pembimbing mereka, rupanya mereka juga mencipta kejutan-kejutan lain kepada orang-orang di sekeliling mereka. Pihak sekolah memberi kebebasan dan kelonggaran kepada mereka untuk melakukan apa sahaja atas nama akademik dan demi kebaikan pelajar-pelajarnya. Kesemua mereka tinggal di asrama walaupun ramai sebenarnya berasal dari sekeliling Alor Setar. Malah yang rumahnya di Jitrapun memilih untuk tinggal di asrama.



Saya tidak lupa sapa mereka, hormat mereka, ambil tahu mereka. Sudah tentu tidak akan lupa jamuan yang diberi. Ada pula bekal ikan pekasam. Terima kasih Sazwani dan Siti Najhan.



Dalam merancangkan jadual, walaupun yang secara kejutan itu lebih baik, tetapi jadual sekolah tidak 100% dipatuhi. Ada sahaja aktiviti sekolah yang mengganggu jadual akademik. Universiti mempunyai jadualnya sendiri. Bila sampai di sekolah, ada pula cuti negeri, aktiviti sukan, ujian, peperiksaan selain dari aktiviti-aktiviti yang tiada dalam jadual rasmi. Jika tidak ada usaha untuk mengharmonikan kekalutan jadual tersebut tentulah sukar hendak menyelia pelatih-pelatih. Duduk memantau agak meletihkan tetapi menyusun jadual kadang-kadang lebih meletihkan. Bayangkan, jadual sudah di tentukan. Tiba-tiba pelatih menghantar mesej, esok dia ditugaskan mewakili sekolah untuk mengiringi pelajar. Jika kita berkira sangat dengan pihak sekolah ada juga implikasinya pada masa hadapan. Hendak tak hendak kenalah berkompromi. Jadual terpaksa dirombak, diatur semula, disesuaikan dengan keadaan yang baru.



Di SMT Alor Setar nampaknya pelatih-pelatih ini diberikan sepenuh kepercayaan mendendalikan banyak aktiviti, khususnya di asrama. Terima kasih kepada Pengetua dan stafnya kerana bersedia memberikan pengalaman yang terbaik untuk pelatih-pelatih UTHM. Seperti saya nyatakan kepada Pengetua, laporan positif ini amat melegakan saya. InsyaAllah tahun hadapan tidak ada masalah untuk menghantar kumpulan-kumpulan pelajar yang akan datang. Jawapan Pengetua amat mengesankan kepada saya. Katanya, jika kedua-dua pihak rasa seronok barulah hubungan itu dapat dipanjangkan. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih daun keladi. InsyaAllah tahun hadapan kami hantar lagi.



Haswandi, Akmal, Sazwani, Sufur, Azyyati, Adila, Fahriz, Sharliati dan Najhan, terima kasih atas budi baikmu. Hazwin, Majorie dan Tan, terima kasih sudi menemani saya makan malam walaupun selalu saya kesunyian makan sendirian setiap hari. Kepada yang lain mungkin lain kali.


Haswandi, Akmal, Sazwani, Sufur, Azyyati, Adila, Fahriz, Sharliati dan Najhan, imej dan paparan berikut adalah rakaman terima kasih saya kepada anda semua. Semoga berjaya dan bertemu lagi. Jika tidakpun melalui blog saya. Kita akan dekat selalu.
















Fahriz, Azyyati dan Sufur. Sufur orang Kelantan yang selesa di Alor Setar. Orang Parit Raja kata 'kerasan'.














Siapa sangka Akmal ni pelatih UTHM.















Tekun Adila dengan udang dan sotong bersalut tepung. Enak dan rangup.















Saya terhibur seketika.
















Sazwani dan Sharliati.















Yang baju pink di hujung tu adik Najhan. Minat menjadi guru sebab itu suka bersama guru.















Haswandi selepas membaca doa makan.















Posing di luar Langkasuka. Fahriz, Sufur, Sazwani, Haswandi, Adila, Sharliati, Najhan, Azyyati dan Akmal.



























































Hanya seminggu lagi. Selepas itu tamatlah gelaran pelajar. Genggamlah ijazahmu untuk keluar berbakti. Bayarlah hutangmu kepada negara. Ibu Pertiwi menanti baktimu.

8 comments:

  1. Salam...

    Sudah tentu, memori ini menjadi kenangan manis buat Tuan Hj, kan...

    Jauh perjalanan, luas pengalaman dan ilmu...

    ReplyDelete
  2. Wasalam. Melihat dan mengalami sendiri adalah pengajaran paling abadi.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. salam......

    terima kasih banyak Tn Haji sudi menyelia dan memberi banyak nasihat kepada kami.....

    segala komen yang diberi akan sentiasa diingat dan dijadikan panduan dalam menjadi seorang guru....

    harap Tn Haji tidak serik untuk ke kedah lagi....

    sharliati~~

    ReplyDelete
  6. Wasalam. InsyaAllah jika umur panjang berjumpa lagi.

    ReplyDelete
  7. salam..wah2..
    alhamdulillah.. berbesar hati sy melihat abg2 n akak2 senior saya mnjadi pelatih kat sana..hehe..
    siap membuat jamuan untuk tuan haji lak 2.. bila kita berasa senang dgn seseorang 2..ketahuilah org lain akan berasa senang jua dgn kita..x g2 tuan haji??hehe

    rindunya saya kat sekolah yg mnjadikan sya sprti hari nh.. dgn harapan nk menjadi pelatih n guru kat sana juga nnti..InsyaAllah..walaupon hakikatnya masih bnyak halangan n rintangan yg perlu dilalui.. dan pengalaman yg perlu dirasai..
    kalo lah dapat penyelia mcm tuan haji nanti..berbesar hati saya rasa..

    pelatih dihantar ke tempat ia dilatih..mestilah seronok tuan haji.. alangkah bahagianya lagi diselia oleh tuan Haji sendiri..hehe.. InsyaAllah..moga2 dri ini berkesempatan melalui perkra yg sama dan lebih baik dr ini..amiin..

    ReplyDelete
  8. InsyaAllah. Orang berbudi kita berbahasa. Orang memberi kita merasa.

    ReplyDelete