Thursday, April 1, 2010

Bon Voyage - Selamat Tinggal Alor Setar

Saya jejakkan kaki ke Menara Alor Setar. Lengang. Jam kira-kira pukul 12.00 tengahari. Tercari-cari di mana kaunter. Tiada tanda yang jelas yang mana satu kaunter. Ternampak seorang gadis. Di belakangnya ada senarai harga tiket. Boleh naik, tanya saya. Boleh, jawabnya. Tiket berapa ringit. RM6.00. Sorang? Ya saya seorang. Tiba-tiba tanyanya, dah lebih 50 tahun? Terkejut sekejap. Muda sangatkah saya ni. Kalau jawab belum, kena, bayar RM6.00. Payah pula menelan air liur di kerongkong. Kalau jawab ya, bayar RM4.00. Jimat RM2.00. Lalu saya jawab umur saya 64 tahun. Dia senyum saja. Entah apa dalam hatinya. Tidak pula meminta melihat kad pengenalan.

Naiklah saya ke menara. Perjalanan beberapa saat sahaja. Tiba di atas saya seorang sahaja yang menjadi raja menguasai menara itu. Hanya ada seorang penjaga gerai di atas. Saya berputar beberapa kali sambil merakamkan imej-imej yang saya lihat dari menara ini. Dari semua arah, timur dan barat, utara dan selatan. Tiba-tiba saya terpempan. Tidak semua yang saya lihat, saya kenal. Banyak yang tidak saya ketahui. Ada yang samar. Ada yang berbalam. Ada yang kaku begitu.

Rupanya saya gayat. Ya gayat. Bukan gayat kerana ketinggiannya. Saya gayat kerana pengalaman yang cetek. Bila kita tiba-tiba berada di tempat yang tinggi, berpangkat tinggi, tiba-tiba kaya, baru berjaya, baru gembira, baru naik pangkat, baru perasaan, kita sebenarnya gayat. Dari atas kita hilang arah, hilang pandangan, hilang pertimbangan, hilang kewarasan. Kita hanya mabuk dengan ketinggian kita sahaja. Begitulah apabila kita tidak memiliki pengalaman. Kita akan mabuk dan gila dengan apa yang kita ada, sedangkan kita belum pandai mengendalikan keadaan, belum pandai menari di lantai yang tinggi rendah. Masih tercari-cari tapak untuk berpijak.

Bila kita belum cukup pengalaman dan kita belum mabuk, kita mengalami banyak kekeliruan dan sesat pula. Waktu kita di bawah, kita perlu banyak belajar. Jika tidak pandangan kita dihalang bangunan, dihalang tembok, dihalang semak dan pokok, dihalang kabus, dihalang silau. Kita tidak akan dapat melihat apa di sebalik semua halangan-halangan itu kecuali kita meneroka semua yang perlu diketahui. Barulah kita dapat melihat dan menjangka apa yang di sebalik bangunan, di sebalik tembok, di sebalik semak dan pokok, di sebalik kabus, di sebalik silau. Bila sudah ada pengalaman itu, naiklah seberapa tinggi. Dari atas kita kenal dan dapat mengecam apa sahaja yang kita lihat. Barulah kita tidak gayat, tidak mabuk, tidak keliru dan tidak gila.

Bagi yang muda ambillah pengajaran itu. Himpunkan dulu segala pengalaman yang perlu sebelum berani naik ke atas dan memandang ke bawah. Susah kalau gayat tak menentu. Anak-anak angkatku, tanamkan ini dalam dadamu. Kelulusan akademik hanya baru satu fasa awal, lesen untuk memburu jawatan. Yang lainnya harus dihimpunkan lagi melalui pandangan, pendengaran, pemikiran, deria rasa, dan deria sentuhmu. Apatah lagi deria sentuhan rasa hatimu yang semestinya seni, halus dan murni.

Imej-imej Alor Setar ini saya dedikasikan kepada semua peminat blog saya. Esok, Jumaat 2 April 2010 insyaAllah saya akan tinggalkan Alor Setar. Saya datang dengan rasa teruja. Saya pulang juga dengan rasa teruja. Saya datang teruja kerana harapan menemui hal-hal yang baru. Saya kembali teruja kerana menemui semula diri saya yang jauh dari keluarga tercinta. Sayangku, tunggulah kepulanganku. Aku rindu padamu.

Bon Voyage - selamat tinggal Alor Setar. Saya datang dalam cuaca panas. Hari ini saya pulang dalam Alor Setar masih basah dengan air hujan semalam.



















Nama yang menggamit rasa.





















Tinggimu menjulang angkasa.
















Dari dataran ini saya menerjah mercunya.
















Pintu air yang saya lihat itu.





















Gamitan Masjid Zahir yang tidak pernah surut.
















Panorama yang berpusat di masjid Zahir juga.
















Vantage point yang dulu-dulu.
















Binaan-binaan tinggi lambang kemajuannya.
















Aliran sungai lesu di kejauhan.
















Lambang-lambang kemajuan yang terpencil.
















Yang jauh berbalam-balam sahaja.
















Jalanraya bak liku hidup yang tidak pernah lurus.
















Gunung Keriang dari jauh. Di situ Muzium Padi.






















Jalan itu menuju ke Jitra, Kayu Hitam, Kangar.


















Bahagian Alor Setar yang lebih pesat membangun.

















Arah yang sama.

















Arah lain.

















Masjid Al-Bohari dan Souq Al-Bohari.
















Berbalam bila jauh. Kabus yang dilihat.
















Bangunan tersergam.
















Bangunan-bangunan lain.
















Sebuah hotel.















Pusat bandar.
















Mengarah ke Sekolah Menengah Vokaisonal.
















Gunung Keriang dizoom.
















Arah yang sama.


Imej-imej inilah yang saya bawa pulang. Saya kembalikan selainnya kepada warga Alor Setar. Terima kasih kerana mengizinkan saya singgah dan santai di sini. Pasti ada kenangannya. Jika ada rahsia di balik cerita, itu hal peribadi. Saya simpan sendiri. Hingga bertemu kembali.

2 comments:

  1. Salam Tuan Hj.

    Saya juga pernah naik Menara Alor Setar ini ketika berjalan2 ke rumah kakak saya yang juga terletak di sekitar Alor Star...

    Tuan Hj. jika kita ingin melihat pemandangan melalui teropong yang dikhaskan, perlu bayar sebanyak 50 sen, bukan...

    Seronok dan puas juga saya ketika meneropong di sekitar bandar Alor Setar... ketika itu teringat pula saya cerita Laksamana Do Re Mi... di mana ada satu scene Laksamana Mi kot kalau tak silap saya nampak Seniman Allahyarham Hussein Abu Hassan yang saya tidak pasti melakonan watak sebagai apa... tetapi yang pastinya seorang putera raja yang jahat, sedang melepaskan hajatnya di sebuah pondok yang merupakan sebuah bilik air zaman dulu2...

    ReplyDelete
  2. Saya hanya melihat-lihat sepuas-puasnya. Tak terteropong. fana dengan pemandangan saujana mata memandang. Kebesaran Allah.

    ReplyDelete