Seumur hidup kita inilah kali pertama
menghadapi situasi yang tidak menentu. Bukan kita seorang tetapi semua orang di
atas muka bumi ini. Dari utara hingga ke selatan. Dari timur ke barat. Dari raja
kepada rakyat, dari pemimpin ke warganegara di bawah. Wabak covid 19 ini tidak
pernah kita jangkakan. Mungkin sudah ada ramalan-ramalan mengenainya sebelum
ini tetapi kita tidak maklum dan tidak dimaklumkan. Amaran-amaran itu pasti
telah Allah wahyukan tetapi kita tidak mengkajinya dengan teliti. Cuma apabila
ianya berlaku kita rasa tersentap kerana hal-hal yang selama ini kita ambi
ringan (take for granted) benar-benar menukar rutin hidup kita. Sesungguhnya
amaran dan
ingatan Allah itu benar tetapi kit ayang selalu alpa megenainya. Aoakah pemerhatian
kita setakat ini?
1
Penyakit ini datang dengan ketentuan dan izin
Allah.
2
Segala-galanya seperti terhenti. Nyawa kit amasih
berdenyut. Masih ingin makan, bersantai, tidur dan melakukan kerja-kerja rumah
yang tidak pernah berhenti. Yang hilang ialah banyak nikmat yag selama ini kita
kecapi , hilang sekelip mata.
3
Mereka yang sakit terasing dari segala-galanya seperti
orang tersayang, anak dan pasangan, saudara mara, sahabat handai dan jiran
tetangga.
4
Mereka yang meninggal terputus hubungan langsung dengan
sesiapapu kecuali petugas Kementerian Kesihatan Malaysia. Tidak boleh
diziarahi, tidak diiringi ke tanah perkuburan, tidak dapat membantu menurunkan
jenazah, tidak dapat menimbus tanah kubur. Sesmuanya dari jauh sahaja. Kesayuan
yang tidak terhingga terasanya.
5
Dalam tempoh sekatan pergerakan ini, ibu dan bapa
tidak dapat bertemu anak dan cucu. Tidka dapat bertemu adik-beradik. Tidak bebas
bertemu jiran tetangga. Tidak bertemu rakan sekariah.
6
Masjid dan surau jadi sunyi kerana tidak boleh
berjemaah kecuali imam, bilal dan seorang lagi jemaah atau makmum.
7
Solat Jumaat ditangguhkan.
8
Perniagaan tertunda
9
Ramai tidak bekerja tetapi dijamin pendapatan. Ada
yang tidak bekerja dan tidak mendapat pendapatan.
10
Perjalanan tersekat-sekat dan tidak dapat
menyeberangi sesuatu kawasan tanpa alaan yang menasabah.
11
Banyak mesej media sosial yang wajar ditapis
berkali-kali. Banyak palsu berbanding yang sahih.
12
Orang yang beriman lebih tenang dalam menghadapi
wabak dan bencana. Redho dengan ketentuan Allah. Berusaha menghadapinya dengan
izin Allah.
13
Hidup perlu diteruskan dalam keadaan sukar.
14
Banyak bertaubat dan berzikir.
15
Hubungi ibu dan bapa setiap masa. Jangan putuskan
hubungan dan duduk mendiamkan diri sahaja. Sesekali telefon untuk didengar suaranya.
Supaya tergambar wajahnya. Supay asentiasa terasa dekat. Anak mungkin tidak
rindu kepada mereka tetapi mereka rindukan anak dan cucu.
Bila agaknya
wabak ini akan reda? Kita kembali kepada keadaan asal. Menikmati semula
anugerah Allah yang sangatlah terlalu banyaknya. Apa agaknya yang wajar kita
lakukan apabila kesemua ini berakhir nanti?
1
Kekal berhati-hati dan menjaga kebersihan. Bagi yang
Islam kekalkan berwuduk dari masa ke semasa kerana dalam berwuduk kita membersihkan
tangan dan muka.
2
Kunjungi ibu dan bapa yang sudah tidak ditemuai
beberapa minggu ini. Buat segera tanpa berlengah-lengah. Kita tidak tahu apa yang
akan berlaku selepas ini.
3
Bertemu saudara-mara terdekat.
4
Bertanya khabar dengan semua orang.
5
Kekal mengingati Allah, menyembahNya dan bersyukur
dengan semua nikmat yang dianugerahkan kepada kita. Bersyukur dalam nikmat dan
dalam musibah.
Cuba kita renung
sebentar. Apakah semua ini yang dapat kita ambil pengajaran? Huru-hara. Perpisahan.
Hidup sendiri-sendiri. Ada yang boleh hidup sendiri. Ada yang perlu ditolong. Ada
yang tidak mendapat pertolongan. Adalah kita mengambil ingatan akan balasan
Allah apabila tiba masanya nanti? Golongan kanan akan ke kanan dan ke syurga. Golongan
kiri ke tempat lain. Nazubillahi min zalik. Kita sedang merasainya sekarang. Warganegara
mendapat segala bentuan yang diperlukan dengan izin Allah. Bagaimana dengan
bukan warganegara yang jumlahnya berjuta-juta ramainya? Mereka terperangkap antara
mengejar ekonomi dan wabak. Selain daripada mengawasi pergerakan secara amnya,
pergerakan bukan warganegara perlukan pengawasan yrng lebih teliti. Kita tidak
tahu kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku dengan ketentuan Allah. Mereka kehilangan
pendapatan dan mereka di luar skop bantuan kerajaan yang dikhususkan untuk
warganegara sahaja. Sama-sama kit afikirkan.
No comments:
Post a Comment