Berada di Miri Sarawak
terasa dekat dengan Brunei. Bersempadan negara. Sempadannya memang dekat tetapi
untuk sampai ke Bandar Sri Begawan berjam-jam juga baru sampai. Bertolak dari
jam 7.00 pagi kami merentasi kawasan yang agak sunyi. Di kanan kiri kebanyakannya
hutan belukar yang lapang. Sebahagiannya
bekas terbakar pada musim-musim panas yang lalu. Yang kelihatan hanyalah belukar. Kekadang terdapat ada yang bercucuk tanam.
Penempatan penduduk dalam julat yang jauh antara satu sama lain. Beberapa rumah
terpencil terdapat di sepanjang perjalanan. Kami melalui dua buah tol. Sebuah
tol di Rasau berhampiran sempadan. Di sini hanya kenderaan di Brunei dikenakan
tol. Di Brunei pula terdapat sebuah lagi
tol. Hanya kenderaaan Malaysia pula yang dikenakan tol. Adil rasanya. Setiap
kenderaan dikenakan tol bagi setiap perjalanan. Dari negara yang diziarahi.
Tol jambatan
Rasau.
Berada di Brunei sama
juga seperti di negara ASEAN yang lain. Pokok kelapa, paku pakis, ubi, resam
dan pokok-pokok lain dapat dilihat dengan jelas. Terasa di kampung
sendiri. Namun begitu tetap ada
kelainannya. Susunatur penempatan berlainan. Struktur rumah berlainan. Rumah
dan bangunan kebanyakannya bertiang. Mungkin sejarahnya banjir dan bah
mempengaruhi keadaan. Tiangnya tinggi-tinggi. Kenderaan biasa diletakkan di
bawah rumah. Banyak urusan boleh dilakukan di bawah rumah. Waktu panas boleh
santai di situ. Sama juga di Sarawak. Hatta di semenanjung pun begitu juga.
Rumah orang dahulu tinggi bertiang belaka. Banjir dan mungkin haiwan buas yang
banyak dahulu kala.
Hujan di Brunei.
Walaupun bukan sepanjang hari. Kami terasa disambut dengan rahmatNya. Jalan
basah dan kerana itu terdapat juga kemalangan kenderaan yang agak teruk. Jalan raya di luar bandar tidak secantik
seperti di bandar. Mungkin faktor tanah yang lembut, berpaya dan tanah gambut.
Seperti jalan dari Batu Pahat ke Pontian yang sentiasa berombak walaupun
berbagai teknologi digunakan. Di Sarawak ada usaha pihak berwajib yang menyusun
batang-batang buluh sebelum di tutup dengan kanvas, batu dan pasir sebelum
diturap. Namun begitu hasilnya belum
begitu memuaskan. Ombak dan oleng kenderaan tetap berlaku. Tidak boleh laju.
Namun tidak begitu selesa kepada penumpang dan pemandunya.
Jarak perjalanan ke beberapa tempat di Brunei
Bandar Seri Bagawan
(Be-ga-wan bukan Be-nga-wan) sederhna besarnya.
Bank-bank antarabangsa diarahkan supaya ditutup. Kecuali beberapa sahaja
kerana keperluan antarabangsa. Yang ada bank-bank Islam yang islamik. Untuk
mengelak riba. Tiada Lembaga Tabung Haji di sini. Yang ada TAIB. Tabung Amanah
Islam Brunei. Yang lainnya bangunan di mana sekalipun banyak persamaannya.
Penjenamaan dan penggunaannya sahaja yang berlainan.
Dalam
perjalanan
Di Bandar Seri Begawan
Tempat wudu’ lelaki
Di dalam
museum
Simpang tidak menggunakan nama khas, sebaliknya menggunakan angka.
Sehari di Brunei tidak mencukupi. Walaupun negaranya kecil tetapi tidak
dapat ditinjau ke seluruh ceruk rantaunya. Dalam masa sehari penuli sdan
keluarga sekadar dapat mengelilingi kampung Air, Masjid Sultan Hasanul Bolkiah
dan Museum DiRaja. Apapun terasa puasnya kerana dapat melancong ke negara yang
sangat kaya tetapi bersederhana dalam banyak hal. Bagi mereka yang tidak
memaklumi status ekonomi Negara Brunei Dar Al-Salam tentu menyangka bahawa
negara itu miskin atau sederhana kekuatan ekonominya. Ramai tidak tahu sumber
minyaknya dijangka kekal berpuluh tahun lagi. Hotel miliknya banyak di negara
Barat. Tentu sekali rizab negaranya di bank-bank luar negara. Banyaknya tiada
siapa yang mengetahui. Tidak perlu pun untuk sesiapa mengetahui. Cuma jauh
benar dengan pembaziran yang berlaku di negara kita berbanding dengan di
Brunei. Kita disarankan supaya berwasatiyah. Namun realitinya kita mabuk dengan
menghambat kemewahan. Kekayaan yang tidak puas-puas dikumpul. Hanya mereka yang
bijaksana sahaja yang membawa harta bendanya ke akhirat. Harta orang menjadi
rebutan sebagai pesaka. Bertahun-tahun belum tentu selesai urusannya.
Pada pandangan penulis, Negara Brunei sangat tenang. Tidak terdengar bunyi hon kenderaan. Paling ketara terlalu sedikit lori atau bas. Yang kelihatan bas dari Indonesia yang membawa pekerja pembinaan. Rakyatnya cukup makan. Jenayah malah seperti tidak didengar atau dilaporkan. Pengemis tidak ada barangkali. Kedai makanan mamak tetap ada. Ada rahsia yang tidak kita ketahui bagaimana mereka menembusi selera penduduk negara Asean. Penulis tidak pasti sama ada di Brunei mereka beroperasi 24 jam atau tidak. Rasanya mungkin tidak sebab malamnya dikatakan sunyi. Penduduk Bandar Seri Begawan tidak melimpah seperti di lembah Klang umpamanya. Walau bagaimanapun berada sehari Di Negara Brunei Dar Al-Salam merupakan suatu pengalaman yang tersendiri. Kebahagiaan rakyat Brunei tidak boleh dibandingkan dengan rakyat di negara lain. Mereka membina indeks mereka sendiri. Mereka yang mencari kebahagiaan mengikut acuan mereka. Penulis hanya melancong. Melihat negara orang. Membawa pulang kenangan dan pengalaman.
No comments:
Post a Comment