Tukang dalam konteks apa sekalipun adalah mereka yang
mahir dalam sesuatu bidang khusus. Lazimnya kemahirannya dalam satu konteks
masa. Banyak perubahan berlaku dari masa ke semasa sehingga sekiranya mereka
tidak turut berubah maka mereka akhirnya diubah menjadi tukang yang ketinggalan
zaman. Pelanggan tidak memerlukannya lagi. Bagaimana perubahan berlaku?
1
Teknologi berubah. Alat yang sama tidak boleh
digunakan pada masa hadapan. Tercipta alat lain yang lebih memudahkan kerja.
2
Persepsi dan konsep berubah. Pelanggan mahukan produk
yang memiliki ciri-ciri tertentu. Yang menggambarkan situasi tertentu.
3
Citarasa berubah. Pendidikan mencetuskan perubahan.
Pengalaman menghasilkan perubahan.
4
Perubahan untuk menghilangkan rasa bosan dengan
sesuatu yang sama sepanjang masa. Ramai pelanggan mencari kelainan bukan
persamaan.
Tidak ramai tukang yang peka dengan pentingnya
perubahan. The forward thinking selalu terlepas pandang. Kerana itu
tukang perlu sentiasa mengikuti perkembangan di persekitarannya. Kita bercakap
mengenai world view dan bukan persekitaran kita sahaja. Kita perlu
melihat persekitaran orang lain. Kotak orang lain. Dunia orang lain. Kita buat
perbandingan. Perbaiki jika milik kita tidak setara dengan milik orang lain.
Perbaiki juga walaupun milik kita adalah lebih baik. Perubahan bukan kerana
milik kita tidak berkualiti. Perubahan
diperlukan setiap masa tanpa mengira apa sekalipun kriterianya. Selalulah
berkursus. Menghadiri seminar dan forum. Mendengar debat atau ceramah. Membaca
dan berdiskusi. Muzakarah dan tazkirah. Bertanya dan mencari jawapan kepada
permasalahan yang kita hadapi. Usaha dan kerajinan banyak imbalannya.
Sekurang-kurangnya kita bersedia untuk masa akan datang. Keduanya kita menaja
kepuasan diri.
Mereka yang sangat perlu berubah ialah guru, ustaz,
pensyarah, jurulatih, pengajar, pembimbing, motivator dan siapa sahaja dalam
kategori mengajar atau mendidik. Mereka adalah benteng pertama membasmi
kejahilan. Menjadikan orang di sekelilingnya pandai dan bestari.
Berketerampilan dalam banyak hal.
1
Ilmu perlu ditambah kerana anak didik semakin pandai.
Semakin banyak tanya dan soalnya. Guru perlu dapat menjawab. Memberi
penerangan. Memberi pencerahan. Merungkai yang kusut. Menunjuk jalan ilmu yang
lebih baik.
2
Kemahiran perlu ditambah kerana anak didik perlukan
tambahan kemahiran dari masa ke semasa sesuai dengan perubahan teknologi.
3
Perlu menambah pengetahuan dan maklumat supaya diri tidak
berada dalam keadaan kaku, jumud dan ketinggalan zaman.
4
Banyak mendampingi orang lain yang bukan kelompok kita
supaya terdapat pertukaran pendapat, pertukaran pengalaman, pertukaran
maklumat, percambahan fikiran.
5
Anggap diri kita bukan yang terbaik. Masih banyak
kelemahan. Masih banyak kekurangan. Masih banyak yang tidak kita ketahui.
6
Falsafah mereka yang bijaksana ialah: Semakin banyak
yang diketahui semakin banyak yang tidak diketahui.
7
Memperbaiki diri seperti berjihad mengorbankan masa,
tenaga, harta dan mengambil kesempatan sementara masih ada umur. Masih boleh
melakukannya. Selagi belum menutup mata.
8
Dalam memperbaiki diri fokuskan pemikiran. Bergerak
berlandaskan kebenaran dan hak. Ilmu, kemahiran dan maklumat tambahan akan
memberi manfaat kepada orang-orang di sekeliling kita.
Kita selalu terperangkap dalam dakapan keselesaan.
Kita selalunya selesa dalam keadaan berikut:
1
Bersama orang-orang yang biasa.
2
Tempat yang biasa.
3
Cara yang biasa.
4
Masa yang biasa.
5
Bercakap mengenai perkara yang biasa.
6
Berfikir biasa-biasa sahaja.
Kita yang biasa-biasa sahaja lama-lama tidak lagi
mendapat perhatian. Khalayak melihat kita yang biasa-biasa berasa tidak enak
lagi:
1
Audien kita jemu melihat kita yang tidak berubah-ubah
dari dahulu hingga sekarang.
2
Mereka mencari guru lain yang lebih banyak ilmunya.
Yang lebih canggih cara menyampaikan pelajaran. Yang ada nilai tambah selain
daripada ilmu yang ada.
3
Mereka mencari suasana yang lebih kondusif berbanding
dengan keadaan yang ada sekarang.
4
Mereka menuntut kelainan-kelainan yang belum pernah
mereka lalui.
5
Betapa perlunya guru membina rangkaian. Berganding
dengan mereka yang lebih arif. Yang lebih banyak pengalamannya. Datangkan
mereka sebagai bantuan untuk menambah kehangatan suasana.
Dalam konteks dunia sekarang ini konsep inovatif dan
kreatif menjadi sangat perlu. Mereka yang dilihat lebih baik akan lebih diberi
perhatian. Akan diminta kelebihannya. Ingin dikongsi pengalamannya. Ingin
ditimba ilmunya. Kerana itu guru yang ditimba ilmunya perlu menambah ilmu. Mereka
yang menimba juga perlu menambah ilmunya. Di samping itu guru perlu pula
reaktif dan proaktif. Selalu melihat peredaran masa dan tanda-tanda perubahan
yang akan berlaku. Bertindak menyaingi perubahan-perubahan yang berlaku. Atau
membuat jangkaan-jangkaan awal sebelum ianya berlaku. Setiap ilmu yang kita
perolehi mungkin tidak diaplikasikan secara segera. Apabila tiba masanya
diperlukan ianya sudah tersedia ada pada diri kita. Apabila perubahan berlaku
kita sudah bersedia lebih awal lagi.
Dalam banyak hal kita tidak boleh menunggu orang lain
melonggokkan ilmu kepada kita. Datang mengajar kita. Ulamak dahulu menanti
kedatangan pelajarnya. Dari jauh dan dari dekat. Guru tidak mencari pelajar.
Pelajar yang mencari guru. Konsep sekolah itu benar kerana anak-anak perlu
sedikit paksaan untuk mencari ilmu. Orang dewasa pula berbeza. Kesedaran
tentang kedaifan ilmu yang ada pada diri menyebabkan ia perlu mencari guru.
Mendatangi guru. Mengejar guru. Mengharap pada guru. Sebab itu ulamak dahulu
dikerumuni oleh pelajar-pelajarnya. Ilmu yang disampaikan menusuk ke jiwa.
Bermanfaat besar dalam hidup. Membangun agama dan bangsa serta negara. Sebab
itu juga ulamak selalu harum namanya disebut-sebut walaupun sudah tiada.
Selalulah lihat diri kita sendiri. Cukupkah ilmu yang ada. Banyak mana yang kita
ketahui.
Kembara atau rehlah ilmu menjadi suatu kemestian
apabila kita mencintai ilmu. Mencari di mana guru. Dari yang dekat hingga yang
jauh. Dari yang biasa hingga yang di luar kebiasaan. Seorang guru perlu banyak
berguru untuk:
1
Meningkatkan keupayaan diri ke aras yang lebih tinggi.
2
Menambah keupayaan berhadapan dengan cabaran sebagai
guru.
3
Audien guru bukan hanya kanak-kanak kecil tetapi kanak-kanak
yang berpengetahuan dan orang dewasa yang berpengalaman.
4
Di luar sana ramai orang dewasa yang perlu belajar
semula. Mereka mencari ilmu akhirat setelah letih dengan ilmu dunia. Tetapi
mereka selektif iaitu mereka perlukan guru yang setaraf dengan mereka dari segi
kelayakan. Atau mereka yang dilihat memiliki kelebihan mengenai ilmu yang
mereka ingini. Maka guru yang memiliki kelebihan menjadi tumpuan pencarian
pelajar.
Bila dan kenapa guru perlu mencari ilmu dan kemahiran baru?
1
Apabila berguru tetapi ilmu tidak juga bertambah.
2
Suasana di sekeliling kita semakin menjemukan.
3
Orang-orang di sekeliling kita menjadi orang-orang
yang tidak ceria, kelihatan letih tidak bermaya, timbul malas dalam diri.
4
Kita melihat keliling kita, tiada siapa yang dapat
membantu kita untuk menambahkan ilmu kita.
Kerana itu hijrah menjadi penting. Berubah itu
penting. Menganjak paradigma itu penting. Mencari yang baru itu penting.
Selalulah muasabah diri. Cukup atau belum. Jika terasa kurang maka carilah
tambahannya. Dunia sudah akhir zaman. Ilmu membantu kita memahami apa yang
perlu kita lakukan untuk berhadapan dengannya. Kita tidak boleh selesa dengan
apa yang ada sahaja. Kita tidak boleh merasa cukup dengan apa yang ada kerana
yang kita miliki terlalu sedikit. Perbaiki diri hingga akhir hayat. Sesunggunya
berniaga dengan Allah akan sentiasa mendapat keuntungan yang berganda-ganda. Berjalanlah
atas dasar barakah Allah. Memberi manfaat kepada insan lain dengan izin Allah.
No comments:
Post a Comment