Ingat lagu Tiga Kupang nyanyian A Romzie pada zaman
pop ye-ye tahun-tahun 1960an dahulu? Antara baitnya:
Suri dalam dapur
Makan roti gula
………
………
Datang burung hitam
Pagut batang hidung.
Di mana suri? Di dapur. Mudah sungguh mencari lokasi
seorang suri. Hanya satu tempat sahaja dia berada. Di dapur. Dapur menjadi sinonim
kepada suri. Seorang permaisuri yang dikelilingi dengan dayang dan inang
pengasuh masih tetap berada di dapur. Apakah sudah ditakdirkan bahawa seorang
suri tempatnya hanya di dapur? Jawapannya tidak ada kepastian. Mungkin jawabnya
ya dan mungkin juga tidak. Jawapannya pula harus dalam konteks zaman, konteks
masa dan konteks suasana. Seorang suri sudah beranjak paradigmanya. Mereka berada
di dapur pada jadual yang tertentu. Meninggalkan bahagian tugasnya kepada orang
kain pada waktu yang lain. Suri hari ini ke dapur mungkin untuk bertugas pada
awal pagi dan lewat petang sahaja. Atau mungkin hanya membuat lawatan dan
tinjauan ke dapur sahaja. Bukan untuk bertugas lagi. Bukan untuk berkampung di
dapur mengurus apa yang seperlunya. Kehadirannya tidak lagi perlu. Air tangannya
yang mengalir ke tubuh suami dan anak-anak bukan lagi dari tangannya. Bukan lagi
tumpuan hidup dan matinya. Dapur sudah menjadi sesuatu yang asing. Ada yang
menjadi eksklusif.
Siapa suri jika bukan seorang isteri. Bukan calang-calang
isteri. Pada zaman dahulu seorang isteri adalah insan penyayang yang lemah
lembut tetapi serba boleh. Tulang belakang seorang suami. Dialah teman. Dialah kekasih
hati. Dialah pengarang jantung. Dialah intan payung. Dialah menteri. Dialah sumber
inspirasi. Dialah ibu kepada anak-anaknya. Dialah guru yang mendidik. Dialah pakar
memasak yang enaknya sepanjang zaman. Dialah pakar mengurus rumahtangga. Dialah
seorang pakar lanskap terbilang. Pakar hiasan dalaman. Pakar menjahit. Pakar
megasuh anak. Namakan apa sahaja. Dialah suri segala suri. Suri hati seorang
suami. Sewaktu dirisik bakal ibu mertua banyak yang ditanya. Pandai masaknya. Pandai
menjahitnya. Pandai menekatnya. Pandai menyulamnya. Serta ditanya pandai-pandai
yang lain. Bakal ibu mertua mencuri pandang jari-jemarinya. Putih kuning
kulitnya. Kehalusan tumitnya. Lenggok tubuh badannya. Panjang dan pantas
langkahnya. Suapan makannya. Kunyah dan telan sopannya. Juga bicara dari lisan
yang antara dengar dengan tidak. Banyak menunduk dari mendongak. Jalannya tidak
berbunyi. Dilirik mata sudah mengerti. Dilafaz kata sudah memadai datangnya
segala yang diperlukan. Anak emak. Anak gadis idaman. Bukan idaman jejaka
tetapi idaman ibu mertua. Yang diyakini menjadi teman terbaik seorang anak
lelaki. Yang diyakini mendidik bakal cucu dan cicit keturunan.
Di mana suri? Sangat sukar mencarinya pada zaman ini.
30 tahun dahulu masih ramai bilangan mereka. Sekarang hanya tinggal seorang
atau dua. Suri dahulu yang penulis kenal sangat dekat dengan suami dan
anak-anak. Paginya untuk suami dan anak-anak. Tengaharinya untuk suami dan
anak-anak. Petangnya untuk suami dan anak-anak. Malamnya untuk suami dan
anak-anak. Seluruh jiwa dan raganya untuk suami dan anak-anak. Tapak rasminya
di dapur. Bak lipas kudung antara dapur dan bilik air. Antara bilik air dan
bilik tidur. Antara bilik tidur dan ampaian kain. Antara ampaian dan halaman
rumah. Antara halaman dengan lipatan kain. Antara makanan dan hidangan. Antara mandi
dan urusan anak menyusu. Waktunya dijaga rapi. Tergelincir masa apabila ada
anak-anak yang kesihatannya terganggu. Tawanya di hadapan suami dan anak-anak. Tetapi
banyak tangisnya bila sendirian. Sementelahan anak-anak ramai yang masih kecil.
Keluarga besar seorang suri.
Mana hendak didahulukan antara banyak tugas harian
yang rutinnnya sukar dijangka. Ghalibnya biasa-biasa sahaja. Namun begitu
banyak masa yang jadual itu tidak terlaksana tanpa kecekalan hati.
1
Tidurkan seorang anak atau mandikan anak yang lain.
2
Beri beberapa anak makan atau menyusukan seorang yang
lain.
3
Bila hendak membasuh.
4
Memasak mematuhi jadual. Tengahari suami pulang dari pejabat bersama anak-anak dari sekolah.
5
Kain di ampaian yang sudah lama keringnya.
6
Berkejar mendahului hujan yang turunya lebat mencurah.
7
Anak-anak menangis minta disucikan najisnya.
8
Itu belum tamu dan saudara mara yang datang
bertandang.
9
Belum jiran tetangga yang lama tidak bersembang.
10
Kesemuanya tidak terlihat apabila seorang suri
terkejar-kejar dalam rumahnya sendiri. Menyuap makanan ke mulut anak. Membasuh
dengan kudrat empat kerat kerana mesin basuh belum membanyak. Tuisyen untuk
anak membaca, menulis dan mengira. Menyusukan anak sambil menidurkan yang lain.
Yang mengaji perlu ditunjuk betul dan salahnya. Merawat yang sakit tanpa tidur
malamnya.
11
Lihatlah tangan dan kaki suri yang jarang keringnya. Malah
kain dan bajunya juga banyak basah dari keringnya. Berulang alik ke bilik air. Berulang
alik ke dapur. Berulang alik memasak.
Kadang-kadang suami terlepas pandang betapa gawatnya
suri di rumah. Dituntut pula menyambut
suami waktu pulangnya. Seorang suami di pejabat (mungkin di kilang atau di
ladang). Kerjanya mengikut jadual rasmi yang diulang-ulang sepanjang hari. Pergi
pagi dan petang baliknya. Sampai di rumah tagihnya rumah yang kemas. Makanan yang
terhidang. Anak yang terurus. Segala-galanya dalam keadaan selamat sejahtera. Antara
mereka pernannya berbeza. Suami bertugas untuk organisasi dan untuk negara
secara langsung. Suri pula bertugas untuk keluarga, suami, anak-anak, agama,
masyarakat dan negara. Secara tidak langsung kerana namanya tidak disenaraikan
sebagai mereka yang bertugas. Tidak diberi gaji. Tiada bonus. Ia hanya setia
dengan sesuap makanan. Seteguk minuman. Sepasang pakaian. Seurat rantai emas di
leher. Boleh tidur nyenyak di rumah yang serba ada walaupun banyak kekurangannya.
Tiada siapa yang lebih penting antara mereka. Kehadiran mereka lengkap-melengkapi.
Tidak tumbang kerana mereka sokong menyokong. Ke bukit sama didaki. Ke lurah sama
dituruni. Sesekali tinjaulah siapa suri
tuan. Bila rehatnya. Bila santainya. Bila cutinya. Bila dirinya perlu belaian
sayang seorang suami. Lelaki pilihan yang menjadi harapan seumur hidup. Andainya
boleh biarlah mati bersama. Tidak terbayang menyendiri setelah lama bersama.
Ketahuilah suri yang dulu sudah tiada. Namun begitu
tugas suri perlu diteruskan. Kerana itu suami perlulah juga melakukan anjakan
paradigma. Suatu keperluan zaman yang panjang berzaman lagi.
1
Belajarah memasak untuk membantu. Untuk merehatkan
suri tuan. Ibu anak-anak tuan. Bukan dia kekasih dan buah hati pengarang
jantung.
2
Belajarlah mengemas rumah, katil dan halaman rumah. Ketertiban
kemas itu mendamaikan segala hati yang ada pada suri.
3
Bantulah mengurus anak. Bukan melihat dan memerintah
sahaja.
4
Janganlah bermanja tidak kena tempat.
5
Jangan mengada-mengada hingga tidak langsung membantu.
Biasakan diri membasuh pakaian. Menyidainya. Mengangkat
dan melipatnya. Mengasing dan menyimpannya. Bangun pada waktu malam untuk membancuh
susu anak. Untuk menukar lampin. Untuk membasuh najis kecil dan besar
terutamanya bayi. Rehatkan suri yang telah mengandung dengan payahnya selama sembilan
bulan sepuluh hari. Yang telah bertarung nayawa melahirkan zuriat suami. Yang merelakan
air susunya membesarkan anak-anakmu. Rehat itu sementara sahaja. Rehat untuk bakal
bangkit semula dengan tugasan yang lebih banyak. Lebih mencabar. Lebih pula
perlu dihargai. Dimengerti. Dimaklumi kekurangannya. Kedaifannya. Suami perlu sangat
berhenti menzalimi surinya. Cukuplah sampai di sini. Bantulah supaya suri itu
juga ada masa melayanimu. Ada kekuatan menyanyangimu. Ada stamina bersamamu. Ada
tenaga untuk hari-hari esok yang panjang jelangnya. Demi kerukunan rumahtangga
yang bersulam rapi dengan cinta serta sayang yang memanjang masa hingga usia bertatahkan
emas tempauan. Ada kemanisan di hujung sana. Ada cahaya menerangi hidup
bersama. Saat-saat yang berbaki untuk dinikmati.
I have been browsing on-line more than 3 hours as of late, but I never found any fascinating
ReplyDeletearticle like yours. It is pretty worth sufficient for me.
Personally, if all web owners and bloggers made just right content material
as you did, the web will be much more helpful than ever before.
Feel free to visit my homepage; maintenance software