Hari kedua di Toronto. Hari Sabtu yang agak lengang. Suhu sudah mula
suam-suam kuku. Orang Putih ramai berdengkur. Masih pagi. Tidak bekerja. Musim
panas sudah di hujung. Musim luruh menjelang datang. Pengalaman lama menjengah
kembali. Jet lag tidak boleh dimanjakan. Nanti lama baru dapat accalimatise. Jika dibiarkan tentnya
siang tidur. Malam berjaga. Saya berada di sebalik dunia. Perbezaan waktu 12
jam. Setengah hari. Waktu tidur di Malaysia adalah waktu siang dan bekerja di
sana. Begitu sebaliknya. Tanpa berfikir kita hanya mengikut kehendak mata dan
hati. Hari kedua itu kami gunakan untuk meninjau bandaraya Toronto. Mengelak
dari tidur.
Kebetulan Toronto sedang gah mengadakan pameran perindustriannya. Tapak pameran berhampiran dengan CN Tower. Canada National Tower. Menara paling tinggi di Canada. 533.33 meter menjulang awan.
Memandang sahaja sudah terasa gayat. Imej siang yang terang benderang. Begitulah pada waktu-waku cerah summer atau spring atau fall. Memukau mata dan perasaan hati.
CN Tower yang panoramik. Cahaya bergemerlapan. Malam yang cerah.
Antara yang menarik
perhatian ialah pameran perkakas rumah, perabot dan ternakan. Hari Sabtu sehari
suntuk saya dan yang lain meronda-ronda. Rasanya bagi yang tidka pernah berada
di sebalik dunia tidak dapat merasakan perubahan metebolism tubuh badan. Siang itu di Toronto orang sedang berjaga,
bekerja, melakukan aktiviti waktu siang. Badan sebenarnya sedang mengantuk,
longlai, lesu dan tidak bermaya. Saya berjalan seperti melayang. Terapung-apung.
Berjalan seperti tidak memijak tanah. Saya gagahkan juga menjelajah bumi
Toronto untuk pertama kalinya. Merasakan tinggi rendahnya tanah, jalan dan
bangunan yang ada.
Di tampat orang
biasanya kita terfana dengan keindahan yang berbeza. Terpegun dengan kecantikan
yang lain dari yang biasa. Mata yang memandang mestilah menusuk ke dalam bahawa
yang terlihat ada yang tersurat. Setiap yang dipandang ada penciptanya. Di situlah
keinsafan menjengah bahawa kita hanya diberi pinjam. Sementara hidup yang
pastinya sampai juga penamat hayat seperti yang telah ditentukan. Begitulah pengalaman
berada di mana-mana bumi Allah. Yang perlu diambilkira ialah rasa kesyukuran
yang tinggi. Kita hanya hamba yang sangat kerdil. Yang sangat memerlukan
Allah. Tiada yang lain melainkan Allah. Petang
itu saya pulang lewat. Sampai di rumah perlu sangat untuk tidur. Malam itu
nenyak sungguh tidur kerana keletihan dan kerana memang waktu tidur yang mula
dirasa. Jet lag yang perlu diatasi. Segera
menyatu dengan iklim setempat. Suhu yang rendah menambah keenakan tidur yang
memanjang.
Hari Ahad menjengah
datang. Menunggu hari Isnin tentulah 24 jam lagi. Seneca College of Applied
Technology akan dijengah pada hari Isnin. Hari Ahad itu kami putuskan untuk
meronda lari. Toronto yang besar itu banyak ruang yang ada. Tempat pameran kami
jengok lagi. Terlalu banyak yang dilihat. Banyak yang menyapa perasaan. Banyak yang
menukar persepti. Tanggapan yang datang menambah perbendaharaan minda. Maka jet
lag sudah tidak lagi menjadi faktor perbezaan waktu. Dua hari yang penuh
aktiviti menyatukan diri dengan suasan hidup di tempat baru. Toronto yang
selalu menggamit rindu rasa.
Sebenarnya kami hanya ingin meletihkan badan. Membiasakan diri dengan siang dan malam. Nantilah dalam siri yang lain Toronto pastinya selalu mengujakan. Pengalaman yang langka berlakunya. Sesekali Allah lorongkan ruang dan masa untuk menghayati kebesaranNya.
Keindahan tersendiri yang bergabung antara waktu teristimewa. Malam yang selalunya gelap di Malaysia tidak di negara orang. kadang-kadang terserlah keindahan malam yang tiada tolok bandingnya. Kedudukan Toronto di tepian Tasik Ontario menambahkankan keindahannya.
Imej-imej indah sebegini sukar dilupakan. Selalu nostalgik.
Pemandangan waktu malam ya majestic. Melampaui
ungkapan dan kata-kata. Allah mencipta alam yang sentiasa indah. Di negara
orang keindahan itu kadang-kadang menyerlah. Azab di musim sejuk Allah gantikan
dengan anugerah alam yang indah. Hanya bagi yang mengerti dan tunduk sujud
kepadaNya. Taqwa yang dituntut dari hambaNya.
Pengajara yang saya terima ialah bahawa sesuatu yang
baru mestilah dihargai. Mestilah diambil iktibar. Mestilah dijadikan asas untuk
bergerak ke hadapan. Moving forward. Semuanya menjadi sejarah indah bila diingat. Bila
dikenang. Bila buka lembaran-lembaran lama sejarah diri. Kita semua punya
sejarah diri sendiri. Sejarah seorang manusia biasa. Namun sejarah itu kita
yang melakarnya. Ada orang mengatakan bahawa orang yang tidak punya sejarah
tidak punya masa hadapan. Sejarah itu kayu ukur zaman lalu. Lonjakan ke hadapan
bermula dari asas lalu yang pastinya ampuh. Tinggi anjalannya. Pengalaman itu
penting untuk menilai unjuran masa hadapan yang lebih besar impaknya.
Bangsa yang tidak
punya sejarah adalah bangsa yang tidak punya harapan. Semuanya bermula dari
individu yang kecil dan kerdil. Sejarah tanpa signifikan yang menimbun sedikit
demi sedikit. Masa dan ruang menjadikannya berimpak tinggi. Jadi rujukan masa. Rujukan
zaman. Rujukan lampau yang meluncurkan hasrat bangsa untuk maju ke hadapan. Kita
tidak statik pada suatu vakum masa yang terhenti kaku. Kedinamikan selalu
berputar mencari paksi-paksi baru. Mencari tapak asas membina yang lebih baik. Yang
lebih tinggi. Yang lebih menggugat ketabahan dan kesukaran. Di hujung sana ada realiti
yang memanjangkan kelestarian bangsa itu sendiri.
No comments:
Post a Comment