Thursday, February 2, 2012

Washington DC –District of Columbia


Washington mengambil sempena semangat semua negeri di US. Jalan-jalan di Washington mengambil nama-nama negeri yang ada. Contohnya Pennsylvania Street. Virgenia Avenue dan sebagainya. Sebenanya Washinton juga sebuah negeri. Washington State. Terletak di barat laut Amerika. Bersempadan dengan Canada. Kerana itu ibu negara US dikenali Washington DC. District of Columbia. Bandar ini dibina khusus sebagai ibu negara USA. Sebuah bandar baru yang melambangkan kehebatan negara. Begitu juga apabila kita ke Canberra atau yang di hadapan mata kita iaitu Putrajaya. Sebuah bandaraya yang dirancang khas tentu mempunyai ciri-ciri yang unik. Pusat pentadbiran dan pusat pelancongan. Segalanya terancang indah. Susunaturnya amat menarik. Semuanya digarap memberi impak hebat. Menancapkan keegoan suatu bangsa yang membina tamadun walaupun ada masanya menekan negara lain.

Hanya seharian saya dan keluarga melancongi washington. Saat paling indah ialah mengelilingi tasik besar yang melabohkan keindahannya yang tersendiri. Dari satu sudut tersergam istana presiden Amerika. White House. Ketika itu Reagan yang menghuninya. Rumah Putih yang selalu sinonim dengan ketua negaranya. Di situ keagungan orang nombor satu dunia barangkali. Itu anggapan umum di mata dunia. Di tepian tasik itu juga tersergamnya Lincoln Memorial. Presiden yang membebaskan perhambaan. Yang menyatukan seluruh Amerika dari perpecahan. Gettysberg adalah medan perang terakhir yang melahirkan loceng Liberty. Di sudut lain terdiri Jefferson Memorial. Seorang lagi presiden hebat Amerika. Itulah Washington yang selalu gah dengan dasar luarnya yang menjadi polis dunia.

Sayang, saya tidak sempat meninjau White House. Cuma kami naiki Washington Monument. Tiang tinggi yang puncaknya dicapai secepat 60 saat. Agak tinggi juga. Pemandangannya panoramik. Semua sudut di tepian tasik Washington itu dapat dinikmati. Pada bulan April di sekeliling tasik ini penuh dengan cherry blossom. Bunga kesayangan di situ. Berbondong-bondong pelancong dalaman dan luar. Dari situ juga nampak jelas Capitol. Parlimen Amerika. Darinya dasar luar yang selalu ceroboh negara luar. Sokongannya terhadap Israel tidak pernah surut. Satu lagi yang indah di tasik itu ialah itek-itek yang berenang-renangan. Kawanan itek yang selalu rukun mencari rezeki di tasik itu. Renangannya meriakkan air yang berjalur-jalur mengocak tasik yang selalu tenang. Sangat damai sekali.

Kami hanya sempat bersiar-siar di hadapan Rumah Putih. Banyak pula kami temui tupai. Jinak dan berlarian di tanah. Rerumput pula cantik hidup melata dan merata. Mudah dipijak. Suhu nyaman sekitar 16°C. Enak bersiar-siaran di lapangan yang meluas begitu. Letih juga seharian. Akhirnya lami ke Air Force Museum. Dapat juga melihat kapal angkasa siri Apollo. Itulah kehebatan Amerika yang menjejak bulan, Marikh dan planet lain di angkasa.

 
Washington dan cherry blossom adalah sinonim. Bulan April yang memeriahkan kuntum-kuntumnya.
IMG_1383 US Capitol & reflecting pool (+).jpg (68383 bytes)
Capitol, bangunan parlimen Amerika. Gagahnya kadang-kadang penuh dengan mistri dan konspirasi.
IMG_0519 Lincoln Memorial (+).jpg (83114 bytes)
Lincoln Memorial di tepian tasik. Presiden yang dikenal sebagai Abe ini menamatkan perhambaan.
IMG_9535 Capitol, dusk (good).jpg (26498 bytes)
Capitol waktu malam
IMG_0423 white house, south front, spring, close.jpg (84705 bytes)
White House. Presiden Amerika menghuni di sini. Pelancong dari seluruh dunia boleh meninjau ke dalamnya. Dalam lingkaran keselamatan yang sangat ketat, pelancong masih dapat menjengah ke dalam bilik-bilik manusia paling berkuasa di dunia. Keadaan yang sama tidak dapat dilihat di negara lain walaupun ketua negaranya tidak sehebat presiden Amerika.
IMG_9497 washington monument, capitol, reflecting pool, WWII mon, dusk (+).jpg (36169 bytes)
Washington Monumen ini agak tinggi juga. Ianya menjadi focal point untuk melihat Wasginton. Mungkin juga vantage point.
Jefferson Memorial
Jefferson Memorial bertentangan dengan Lincoln Memorial di seberang tasik.
White House sangat central kedudukannya
Air and Space museum
Susunatur ibu negara Amerika dilihat dari udara.

Pada hari Sabtu itu sebenarnya sahabat saya Azizan dan keluarganya menyertai hari keluarga anjuran kedutaan Malaysia di Washington. Rumahnya menjadi rumah kami pada hari itu. Malam itu kami bemalam lagi di rumahnya. Awal Mei masih lagi sejuk. Enak tidur di bawah comforter tebal dalam kedinginan Spring 1986. Spring terakhir saya di bumi Amerika. Mungkin saya bermimpi yang indah-indah pada malam itu. Walau bagaimanapun saya tidak ingat lagi apa yang saya mimpikan. Yang saya ingat saya lena hingga ke pagi. Kami bercadang akan ke New York pagi Ahad itu. Cadangnya pada pukul 9.00 pagi kami akan bertolak ke sana. Teruja untuk berda di tengah-tengah kotaraya terhebat di dunia. Di sana ada bangunan Bangsa-Bangsa Bersatu. Selalu saya lihat gambarnya tersergam di tepi laut mengadap ke Lautan Atlantik. Sebaris dengan Patung Liberty.

Sebelum meninggalkan rumah Azizan isteri saya berkemas seadanya. Rumah yang dipinjam itu akan dikembalikan seperti asalnya. Susunsturnya mesti dikembalikan seperti sediakala. Kekemsannya dikembalikan seperti asalnya. Kebersihannya juga dikembalikan seperti bersihnya. Senang hati meninggalkan rumah orang dalam keadaan baik. Menyenangkan. Menggembirakan. Baliknya nanti tentu mereka letih. Jika rumah tersedia kemas, bersih dan teratur sejuk hati mereka. Boleh tidur dan menyambung mimpi. Beberapa hari kemudian isteri Azizan menelefon isteri saya. Terima kasihnya tidak berhenti-henti kerana meninggalkan rumahnya dalam keadaan seindahnya.  Alhamdulillah. Jadikanlah budaya bersih itu suatu kewajipan. Kemas sebagai aliran darah. Teratur sebagai sistem. Mudah-mudahan hidup dalam keadaan damai selalu. Tenang dan riang.

4 comments:

  1. salam,

    bersua sekali lagi di laman komen ini.

    terima kasih di atas info dan pengalaman yang dikongsi... terasa seperti saya turut berada di sebelah tuan punya blog ketika membacanya.

    baru sy tahu, Capitol itu ialah parlimen mereka. cetek betul pengetahuan saya. namun sy bersyukur kerana dapat mengetahuinya drpd penceritaan tuan punya blog yg tdk pernah lokek dgn pengalaman2 indahnya.

    dont stop, let the ink flow....

    wasalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kongsikan pengalaman ini supaya tidak hilang dari ingatan saya. Saya masih ingat detailnya. Alhamdulillah dapat saya selitkan sedikit iktibar yang sesuai.

      Delete
  2. Assalamulaikum en. Md Yusof. Seronok membaca pengalaman tuan di WDC. Suami saya sekarang bertugas di Kedutaan Pengajian Tinggi di WDC. Jemputlah datang lagi ke sini ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Terima kasih kerana Puan Aida dapat mengikutinya. Cerita saya pada tahun 1986. 25 tahun yang lalu. Rasanya WDC sudah banyak berubah. Terutamanya suburbnya. Namun saya yakin tasik yang saya ceritakan itu tetap kekal kerana tempat itu sendiri adalah suatu monumen kepada Amerika. Memang teringin sangat hendak ke sana lagi. Mana tahu Allah beri rezeki nanti. InsyaAllah.

      Delete