Sunday, January 9, 2011

Tahun Baru Kelas Baru

2 Januari 2011 atau 3 Januari 2011 adalah hari pertama bagi sebahagian ibu bapa yang dalam sejarah keluarganya buat pertama kalinya dalam hidup mereka berkeluarga menghantar anak pertamanya ke sekolah. Mereka masuk tahun satu. Banyak peristiwa-peristiwa manis, lucu, menggeramkan, menakutkan dan seribu satu macam rasa. Sebagai guru kadang-kadang kita geram. Kita rasa tidak menasabah. Tidak tenteram . Ada ibubapa yang tidak memahami tentang hal persekolahan anak-anak mereka. Khususnya bagi yang anak pertamanya berada di sekolah pada kali pertama. Apabila loceng berbunyi, anak-anak kecil ini diberi latihan pertama dalam disiplin iaitu mereka mestilah berbaris sebelum masuk ke kelas.

Maka bersuaralah guru kelas. Setengahnya berteriak. Memarah meninggi suara. Tahukah guru bahawa anak-anak itu baru shaja memulakan suatu pengala,an di tempat yang sangat asing dengan rumah mereka. Dari persekitran selesa mereka di rumah. Di kejiranan mereka. Sewaktu merka hendak dihantar ke sekolah anak-anak ini tidak punya apa-apa jangkaan. Ramalan. Atau sesuatu matlamat yang jitu. Apabila mereka dikejutkan dari tidur di awal pagi, mereka hanya menurut apa sahaja arahan ibubapa mereka. Mereka dimandikan. Dipakaikan. Lalu duduk makan sarapan di awal pagi yang selalunya meraka masih tidur. Masih santai. Masih dibuai mimpi. Yang entah apa yang dimimpikan. Mungkin jauh dari mimpi keluarga. Mimpi datuk neneknya. Mimpi yang jauh dari keturunan dan warisannya.

Mereka dimandikan , dibersihkan. Lalu di bedak, dipupur, disikat dan dipakaikan dengan pakaian baru yang masih bau ubat kainya. Yang masih bau kapur barysnua. Yang masih bau kapas dan benangnya. Mereka duduk minum yang tidak pernah seawal pagi itu. Mereka belajar bahawa pada hari pertama persekolahan mereka harus bangun awal dan begitulah hari-hari seterusnya. Bahawa mereka harus mandi, menggosok gigi, menhyental badan. Dan begitulah hari-hari seterusnya. Bahawa mereka harus berbedak, berpupur , bersikat dan berminyak rambut. Begitulah hari-hari seterusnya. Bahawa mereka harus berpakaian cantik, bersih dan kemas. Dan begitulah hari-hari seterusnya. Bahawa setiap pagi mereka harus mengisi perut. Mengenyangkan perut. Bahawa pada hari itu mereka akan melaksanakan. Mereka akan menyempurnakan. Mereka akan melangsungkan. Mereka akan melakukan suatu jihad untuk berjaya. Untuk memandaikan anak masing-masing.

Untuk pandai berfikir. Untuk pandai berdikari. Untuk boleh menyelesaikan masalah. Untuk boleh membuat keputusan. Untuk nanti mereka menjadi ahli masyarakat. untuk menjadi wargaegara yang membela agamanya, nusanya, membela keluarganya, membela kemerdekaan dirinya. Lalu nanti mereka membian keutuhan. Membina keperkasaan. Dari kampung. Dari ceruk rantau dan dari pedalaman. Dari segala gunung dan bukit. Mereka menyatu untuk Membanggakan diberi. Untuk mengangkasakan diri mereka. Memperkasakan semua yang sudah dibina untuk mereka. Menambahkan lagi. Memeprhebatkan lagi tahap pencapaian-pencapaian bapa, datuk dan keturunan mereka yang terdahulu. Merke adalah aanak-anak yanag akan menyambung masa hadapan agamanya, bangsanya, keluarganya, negaranya. Dan apa sahja yang dianggap so dear and so near their heart. The soul of the family. The people. Mereka inlah yang aka melestarikan apa yang akan nanti menjadikan keluarganya teruja. Bangsanya teruja. Negaranya teruja. Nanti anak-anaknya akan dewasa. Member bakti dan jasa untuk menjadikan semua yang ada itu lebih baik dari semalam dan hari-hari sebelumnya. Mereka akan membina sesuatu yang lebih baik. Yang berganda baiknya. Untuk hari esok yang lebih cemerlang. Untuk lusa yang lebih gemilang. Untuk tulat yang berbilang-bilang. Waktu langkat yang terbayang-bayang. Untuk pecan, purnama, dekad, dasawarsa, kurun dan alaf. Yang nanti akan disambung oleh warisan mereka.

Dengan pendidikan dan kemahiran. Dengan binaan fikiran yang positif dan optimis. Mereka digembling untuk mencipta kehebatan-kehebatan tamadun manusia. Untuk memenuhi tuntutan0-tuntutan sebagaimana firman Allah yang mafhumnya, bahawa kamu (Muhammad) diutuskan untuk memberi rahmat ke seluruh alam. Itulah warisan amanah yang ditinggalkan oleh Rasulullah. Jangan lupa kepada dua harta pesaka yang ditinggalkan Baginda. Dua harta yang tidak ada harga untuk menilainya. Dua harta yang sentiasa dirujuk, diaplikasaikan. Dua harta yang sentiasa menjadi panduan hingga hari kiamat. Dua harta yang sepatutnya tidak dipisahkan. Dua harta yang wajib didampingi. Dihayati dan dimengerti. Dua warisan yang menjadi amalan hidup. Yang menjadi panduan ke akhirat. Itulah al-Quran dan al-Sunnah.
Dalam kita mengejar cita-cita anak. Cita-cita keluarga. Cita-cita bangsa, agama dna Negara. Cita-cita agama harus didepan. Harus di atas mengatasi segala-galanya. Apapun pencapaian yang anak-anak kita kejar, hambat dan telusuri, tidak boleh mengabaikan kejayaan-kejayaan dalam bidang agama kerana agama itulah yang menjadi pandauan, tuntutan, ikutan, pimpinan kehidupan sejahtera di dunia dan di akhirat. Anak-anak yang baru masuk ke tahun satu sepatutnya sudah mahir membaca al-Quran. Ataupun memang sudah membaca al-Quran walaupun belum mahir dan belum khatam. Belum mahir lagi tentang tajwid. Tentang fasohah. Tentang sifat huruf. Tentang makhraj huruf. Tentang tuntutan-tuntutan daripasda yang qasar (dua dua harakat) kepada yang tawasut (4 harakat) kepada yang isbaq (enam harakat).
Itu belum lagi tuntutan membacanya denga dengung seperti idham maal ghunnah, ihfa’, iklab. Belum lagi mambaca dengan izhar seperti idham bila ghunnah. Seperti izhar khalqi. Izhar syafawi. Itu belum lagi kita bercerita tentang makna, tentang panduan-panduan, hukum-hakam yang diperlukan melalui al-Quran. Maka bermula dari hari pertama persekolahan itu anak-anak akan berperang dengan alam baru yang mereka ceburi. Ibubapa akan berada dalam satu alam yang kelam kabut. Satu alam yang perlu penuh ditrancang dan direncana. Yang perlu dimanifestasikan dengan kejayaan-kejayaan. Perjuangan itu pernah saya lalui. Dari tahun 1979 hingga tahun 2009. Suatu jangkamasa yang tidak lama tetapi angkanya 30 tahun. Sembilan orang anak. Dari sekolah yang berbagai-bagai. Dari pencapaian yang berbagai-bagai.

Dari sekolah kebangsaan mereka menapak ke sekolah menengah. Ada yang di asrama harian. Ada yang di asrama penuh. Ada pula yang disekolah akademik biasa. Lalu mereka melambungkan diri mereka. Ada yang merentas benua. Merentas udara. Merentas lau dan lautan segara. Ada yang hanya di IPTA tempatan. IPTS tempatan. IPT di merata dunia. Matlamatnya sama. Meeeka ingin meletakkan diri mereka untuk berada di persada ilmu. Persada ilmu ke persada kejayaan. Alhamdulillah. Jika kita punya perancangan. Jika kita merencana dengan izin Allah, kita berdoa, kita memohon, kita berusaha. Maka Allah memberikan lorongan. Memberikan jalan. Memebrikan kita ilham. Memberikan kita ruang-ruang untuk memandaikan anak kita dengan iziznnya.

Janganlah lupa kepada agama kerana agama itulah kita dihidupkan di dunia. Bahawa tuga skita bukan untuk diri kita. Bukan untuk keluarga kita. Bukan hanya untuk apa sahaja yanag tidak bermakna di alam ini kerana kita akan dikembalikan kepada Allah. Kita datang dari Allah. Kita melalui transisi di perut ibu. Di alam dunia. Di alam barzah. Di alam akhirat. Kepada Allah kita kembali. Kita tidak dapat lari. Kita tidak ada pilihan. Kita tidak ada alternatif. Apa sahaja yang telah ditentukan Allah kita wajib mematuhinya. Kita wajib taat. Kitu sahaja yanag menjadi ukurannya. Kita mencari redha Allah. Mudah-mudahan saya, tuan, puan dan seluruh umat Islam yang hidup, yang sudah mati, yang sekarang dan yang akan datang, mendapat redha Allah. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment