Thursday, August 4, 2022
Bersara Biar Sibuk
Ketika masih bekerja dan berkerjaya selalu orang bertanya:
1. Dah berapa lama bekerja? atau
2. Bila bersara?
Bila sudah bersara, berbagai persepsi terjadi. Pertanyaan orang berbagai. Dialog dengan orang tidak mengenali diri kita:
1. Kerja di mana? Dah bersara.
2. Bersara pilihan ke? Tak. Wajib.
3. Muda dah pencen? Cukup umur.
Lain pula dialog dengan sahabat lama:
1. Dah berapa tahun bersara? 21 tahun.
2. Sihat nampak! Alhamdilillah.
3. Buat apa sekarang? Guru al-Quran.
4. Kelas di masjid ke surau? Ada masjid, ada surau, ada rumah, ada rumah ngaji dan online.
5. Penuh masa ke? Gitulah dari pagi hingga malam.
Senario ini bukan typical tetapi bergantung kepada perancangan Allah untuk kita. Kita mungkin merancang untuk persaraan kita tetapi perancangan Allah itulah yang terbaik.
Cuma sebelum bersara kita merancang untuk menjadi pesara yang bermanfaat.
1. Bersara dan makan pendapatan persaraan.
2. Terima bantuan anak-anak.
3. Buat kerja kebajikan semata-mata amal kebajikan.
4. Bertani.
5. Berniaga.
6. Menjadi usahawan.
7. Aktiviti mendatangkan pendapatan.
8. Berpersatuan.
Bersara tidak semestinya noktah untuk segala-galanya. Cuma buatlah aktiviti pilihan:
1. Tidak stress
2. Santai
3. Kita sukakannya
4. Jadi legacy kita
5. Bermanfaat kepada orang lain
6. Tidak menjemukan
7. Memberi motivasi akhirat
8. Boleh berkembang maju
Walaupun bersara, gagahka diri dan terus berusaha:
1. Menambah ilmu
2. Menambah kemahiran
3. Memperbesar lingkungan (circle) sahabat yang lebih baik dari kita - orang besar, ulama', orang kenamaan
4. Banyak bergerak
5. Sibukkan diri untuk akhirat
In syaa Allah bersaralah dengan berlapang dada dan fikiran. Kita tinggalkan kerjaya profesional dan fokus kepada kerjaya ke akhirat. Mudah-mudahan dalam barakah dan rahmat Allah.
Hari Lahir
Setiap datangnya tarikh hari lahir bermakna berkurangnya usia yang Allah telah tetapkan. Maka bertambah dekatlah dengan datangnya saat akhir yang kita semua tunggu-tunggu. Semasa muda kita banyak mimpi, banyak angan-angan dan banyak impian. Ada yang menjadi realiti dan ada yang tidak. Pada hakikatnya yang Allah izinkan menjadi realiti hanyalah terlalu sedikit berbanding dengan yang kita inginkan.
Dalam sisa usia, paling penting adalah kesihatan. Kita tidak arif tentang kesihatan dalaman kita. Hanya tanda-tandanya yang dapat kita kesan atau rasa. Kita masih menikmati kesihatan andainya masih:
1. Boleh tidur lena
2. Boleh makan dan minum walaupun mungkin berpantang
3. Boleh berjalan atau berlari anak
4. Boleh solat dengan berdiri atau duduk
5. Boleh membaca
6. Boleh banyak berfikir
7. Boleh melakukan kerja fizikal
8. Boleh memandu
9. Tahu jalan pulang
10. Ada jadual dan rutin
11. Ingatan masih kuat
12. Ada cita-cita
13. Ada lagi rasa cinta
14. Ada kerja amal yang dilaksanakan
15. Berdikari dan mandiri
16. Ekonomi dan rezeki mencukupi untuk diri dan untuk infaq
17. Menyegarkan diri
18. Kekal ceria
19. Menjaga penampilan
20. Boleh mengurus diri dan persekitaran
21. Pancaindera berfungsi walau mungkin bukan 100%
22. Ada cita-cita meninggalkan legasi
23. Berfikir di luar kotak
24. Tidak taksub dan tidak stereotaip dalam banyak hal
25. Banyak memandang ke dalam (inner self)
26. Boleh munasabah diri
27. Berusaha menambah manfaat kepada orang lain
28. Menambah ilmu, kemahiran dan capaian hidup
29. Membantu orang lain
30. Peka dan rasa empati
31. Boleh mengharmonikan rasa insaf dan syukur
32. Peka perkembangan semasa
33. Berbaki rasa muda pada diri
34. Ada semangat juang
Nak ke mana apabila usia semakin susut?
1. Wudu'
2. Solat
3. Masjid/surau
4. Sejadah
5. Al-Quran
6. Agama
7. Mati
8. Barzah
9. Akhirat
10. Bertemu Allah
11. Kembali ke syurga bersama keluarga
Kita setia menunggu semua saat itu. Mungkin kita aktif atau pasif. Mungkin banyak sedar dan tidak alpa atau leka. Menunggu dengan mengisi kebaikan dan meninggalkan keburukan. Kita tidak sempurna tetapi usahakan untuk mendekati kesempurnaan. Usaha itu penting. Syukuri natijahnya walau apa bentuknya.
Bersyukur kerana Allah temukan kita dengan hari lahir yang berulang-ulang. Untuk bersyukur kepadanya. Untuk ingat akan janji untuk kembali kepadaNya. Terima kasih kepada semua sahabat. Mudah-mudahan kita bertemu di sana. In syaa Allah. Allahuakbar.
Subscribe to:
Posts (Atom)