Untuk mencapai kematangan ada dua cara:
1
Usia yang bertambah
melewati 18 tahun.
2
Belajar dari pengalaman
orang lebih dewasa.
Lazimnya anak-anak muda lebih condong ke arah rakan sebaya.
Mereka selesa dengan keadaan itu. Lalu mereka menjauhkan diri dari orang dewasa
yang memiliki berbagai kelebihan. Antaranya:
1
Banyak pengalaman yang
berbagai.
2
Biasa menyelesaikan
masalah.
3
Biasa membuat keputusan
kritikal.
4
Biasa dengan cabaran kerja
dan kehidupan.
Kita biasa dengan keadaan anak muda yang sangat kurang
dewasanya. Mereka mungkin graduan tetapi serba kekurangan dari berbagai segi.
1
Tidak mahir dalam
pengurusan dan pentadbiran.
2
Tidak mahir dalam protokol
dan etiket.
3
Kurang kemahiran sosial.
4
Tiada kemahiran dari segi
kepimpinan.
5
Akhlaqnya masih belum murni
(cultured, cultivated, nurtured and refined).
Anak-anak muda sewajarnya menimba pengalaman dari mereka
yang dewasa dan berpengalaman dalam berbagai bidang dan berbagai hal. Caranya:
1
Mendekati mereka.
2
Bekerjasama dengan mereka
dalam projek atau kerja-kerja rasmi dan kerja amal.
3
Meminta pandangan mereka
dalam banyak hal.
4
Membuat pengamatan tentang
aktiviti mereka, cara mereka melaksanakan tugas mereka.
5
Meminta sokongan dan
pengesahan mereka.
6
Bertukar-tukar pendapat
tentang banyak hal yang berkaitan dengan tugas mereka atau hal-hal
kemasyarakatan, politik dan hal-hal lain yang penting dalam masyarakat.
Apabila mula bekerja kebanyakan majikan beranggapan bahawa
seseorang itu memiliki kemahiran asas. Jika berjawatan eksekutif harapan
majikan tentunya:
1
Boleh memimpin staf di
bawahnya.
2
Boleh merancang.
3
Boleh mengorganisasi
sesuatu aktiviti.
4
Boleh mengkoordinasi
pihak-pihak yang berkepentingan.
5
Boleh berkomunikasi dengan
baik.
6
Boleh memberi arahan yang
jelas.
7
Boleh berunding –
negotiation.
8
Boleh menyelesaikan
masalah. Boleh membuat keputusan yang rasional.
9
Boleh mengintegrasi dan
mengkoodinaasi.
10
Boleh mendengar dan boleh
memberi maklum balas.
11
Tahu tentang pengurusan
pejabat.
12
Boleh mengendalikan
mesyuarat.
Jika tiada asas langsung, sukar bagi majikan hendak memberi
latihan. Mereka tidak boleh membawa penumpang (passenger) dalam organisasi
mereka. Mereka tidak perlukan pekerja baru yang benar-benar mentah dalam banyak
hal. IPT atau institusi latihan yang melengkapkan mereka. Kerana itu:
1
Pelajar perlu aktif dalam
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), kelab-kelab dan aktiviti lain di IPT.
2
Berlatih menjadi pemimpin
untuk memimpim pelajar lain dan ahli-ahli kelab.
3
Boleh membuat kertas kerja.
4
Boleh membuat kerja
lapangan.
5
Sudah membina networking.
6
Berkeyakinan tinggi.
7
Brintegrasi.
8 Belajar untuk lebih perihatin dan banyak bersifat empati.
Jika mereka perlu belajar sekalipun ianya melibatkan aspek-aspek
kritikal seperti kerahsiaan, pemantauan, laporan lisan dan bertulis. Anak-anak
muda yang tidak terlibat secara langsung dengan aktiviti sesama pelajar boleh
juga terlibat dengan ahli masyarakat di luar kampus umpamanya. Banyak ruang dan
peluang untuk anak muda belajar hidup dalam ruang lingkup masyarakat yang kecil
dan besar. Peluang-peluang itu adalah untuk membina kemahiran hidup dalam
suasana sebenar dalam kehidupan.
Kehidupan di luar sangat kompleks. Dalam organisasi juga kompleks
tetapi dalam kehidupan di luar lebih tinggi lagi aras kompleksnya. Anak-anak
muda yang cepat dewasa merasa sensitif dengan semua perkara di persekitaran
mereka. Banyak tanda-tanda penting. Banyak perubahan berlaku. Kesemuanya
perlukan tindakan atau respons positif.
Amat berbeza antara mereka yang matang dengan yang tidak. Kematangan
dimanifestasikan dengan tindakan positif. Difikirkan secara selari dan mendatar.
Banyak usaha menambahbaik. Sebaliknya tanpa kematangan akan berlaku banyak
hal-hal yang tidak kongruen. Banyak paradoks. Banyak percanggahan. Banyak hal
yang dilihat negatif sedangkan yang diperlukan ialah pengharmonian dan
penyesuaian.
Dalam kerja yang sebenarnya banyak hal yang perlu dipelajari
dengan cepat. Dunia organisasi khususnya dunia korporat, perubahan sangat
bergolak pantas (volatile) dan mereka yang terlibat perlu pantas menanganinya.
Perlu pula bijak dalam banyak hal. Pekerja yang diperlukan ialah yang memiliki
berbagai aset penting, sihat fizikal dan mental, berfikiran lapang tetapi tajam,
perihatin, melihat ke hadapan dengan visi yang jelas dan menggabungkan
perancangan jangka panjang dan perancangan strategik. Memahami tahap autoriti yang
digalas, tanggungjawab yang perlu dilaksana dan akauntibiliti dirinya dalam
melaksanakan autoriti dan tanggungjawab yang diamanahkan.
Maka matanglah selari dengan usia masing-masing. Untuk lebih
cepat matang timba dan cedok pengalaman orang yang lebih dewasa dan lebih lama
sebagai pemain dalam kehidupan. Tidak salah copypaste dalam kehidupan
asalkan ianya membawa kepada kebaikan dan boleh menambahbaik keadaan.