Wednesday, August 28, 2013

Bingkisan Dari Kaherah: Evakuasi - Bahagian Kedua



Evakuasi bukanlah seperti yang selalu ditonton di TV atau filem. Dalam keadaan perang yang sebenarnya mungkin itulah yang dilihat. Cemas dan mendebarkan. Bom, peluru meriam, peluru senapang, peluru pistol, mortar, roket dan senjata lain berpintassan. Api di mana-mana. Menjulang dan membakar. Reruntuhan bangunan bertindan-tindan. Kacau bilaunya melampaui aksi. Dalam evakuasi kami dari Mesir tiada yang mengejar. Tiada yang dikejar. Tiada yang tertinggal kapalterbang di padang pasir. Tiada jerit pekik. Tiada lolongan. Tiada tangisan. Tiada yang jatuh. Tiada yang terseliuh. Tiada yang dipapah. Tiada yang didukung. Semuanya teratur, kemas dan mengikut jadual. Evakuasia yang yang dirancang awal. Mendahului petaka. Mendahului jangkaan. Kerana itu kesemua pergerakan tiada permasalahannya. Lambat atau kurang kemas bukan sesuatu yang perlu diperbesar-besarkan. Itu hanya asam garam kerana urusan yang besar dan mega. Evakuasi ini ada nikmatnya yang tersendiri.

Evakuasi yang kami lalui bukanlah sesuatu yang tinggi urgencynya. Kesemua pergerakan diurusatur dengan baik. Mengistimewakan jadual. Alhamdulillah senarai semak setiap pergerakan telah disediakan. Ada pegawai di setiap checkpoint. Di pintu masuk, di tempat menimbang bagasi, di pintu keluar, di tangga kapalterbang hingga di pintu kapalterbang. Dalam penerbangan sewa khas hanya untuk evakuasi tempat duduk bebas pilih. Duduklah di mana-mana yang boleh. Namun tetap diatur supaya tidak timbul kekecohan. Yang naik dahulu duduklah di belakang. Semakin lewat semakin di hadapan duduknya. Yang tua, yang bekeluarga dan yang membawa anak-anak kecil biasanya diberi keistimewaan. Menghormati dan memberi keselesaan. Maklumlah perjalanan jauh. Ada sahaja yang mengganggu masa dan ruang tenaga. Sebenarnya yang lebih penting ialah ada tempat duduk. Boleh berehat. Ada makan dan minum. Selamat sampai di destinasi tercinta yang selalu melambai dan menggamit pulang. Memandang wajah-wajah kesayangan merindu.

Mudah-mudahan Allah mempermudahkan perjalanan. Evakuasi yang terancang ini merealisasikan suatu usaha berintegrasi. Segala tenaga, masa dan peruntukan kewangan disegerakkan demi keselamatan anak bangsa. Warganegara yang disayangi. Terbang dengan MAS MH8101 adalah suatu rahmat berganda.

1        Penerbangan khas. Dari mengimbas bagasi, check in dan pemeriksaan dokumen kesemuanya pantas dan diberi layanan khusus.
2        Kesemuanya warganegara Malaysia. Dari kesemua negeri. Dari seluruh negara.
3        Didahului oleh mereka yang berkeluarga. Kerana saya dilihat berumur saya yang memulakan giliran berbaris panjang bersama isteri. Diikuti oleh tiga keluarga lain. Mereka membawa anak-anak kecil.

Oleh kerana tempat duduk adalah pilihan bebas, saya memilih tempat duduk baris kedua. Di kelas ekonomi. Baris pertama dikhususkan untuk yang membawa anak. Kira-kira lima minit duduk, kami dipanggil untuk memenuhi tempat duduk di kelas bisnes. Alhamdulillah. Merasa juga akhirnya. Berpuluh tahun saya bertugas menjadi pegawai kerajaan. Belum pernah walau sekali merasa terbang di kelas bisnes. Hanya dengar nikmatnya melalui cerita orang lain. Kami memilih tempat duduk di baris kedua. Di sebelah tepi. Saya toleh ke belakang. Rupa-rupanya penumpang lelaki yang sejak tadi beralah berbaris di belakang kesemuanya mendapat tempat di kelas bisnes. Isteri saya mengusik mereka. Lebar senyum. Rezeki makcik. Belum tahu masa kerja nanti dapat duduk di kelas bisnes. Kasihan pula. Tiada seorangpun penumpang wanita yang dapat duduk di kelas bisnes kecuali empat orang yang sudah berkeluarga. Setiap sesuatu ada hikmah di sebaliknya. Allah mengaturnya dengan Maha Keadilannya. Berada di kelas bisnes selalunya hanya diharap sahaja. Menyelinap dalam sanubari. Menjadi hiburan hati sahaja.

Saya pernah menjadi pegawai biasa sahaja. Pada waktu itu sampai juga Superscale G. Namun tidak pernah layak untuk naik kelas bisnes. Kelas ekonomi sahaja yang selayaknya. Paling depan paras sayap. Kadang-kadang di ekor sekali. Bagi yang biasa dengan kelas bisnes tentulah cerita saya ini melucukan. Tidak ada nilai cerita. Bagi yang belum pernah saya ingin kongsikan sedikit.

1        Kerusinya berkembar. Berganding dua. Saiznya besar. Elok untuk pasangan muda. Terutamanya yang berbulan madu. Yang tua seperti saya lebih elok lagi. Kembali memudakan diri. Kembali mengingat zaman dulu-dulu yang tidak pernah kesampaian. Duduk dengan santai. Tiada yang mengganggu. Teringat lagu Emy. Di awan biru, tiada yang mengganggu. Entah. Saya belum pernah melihat awan bitu. Putih, kelabu atau hitam. Itu sahaja warna awan.
2        Gadgetnya lebih istimewa berbanding kelas ekonomi. Tempat duduknya boleh digerakkan ke atas. Ka bawah. Ke hadapan. Ke belakang. Rata. Bengkok. Aduhai. Suka hati mana posisi yang sesuai. Jika hendak tidur berhadap-hadapan dan berpegang-pegangan tangan pun boleh juga. Romantiknya.

Penerbangan evakuasi itu mengambil masa 10 jam. Penerbangan terus tanpa transit di mana-mana seperti selalunya. Kami bertemu Maghrib, Isya’ dan Subuh. Melalui udara Malaysia dalam keadaan cerah. Dilihat laut, pantai dan ladang kelapa sawit yang juga melaut. Mendarat di lapanganterbang juga suatu nikmat. Tepat pada pukul 8.22 pagi kami cecah tanah tercinta. Landasan lapanganterbang KLIA. Lembut mencecah landasan. Kapalterbang yang beratnya bertan-tan metrik didaratkan dengan santai. Bak burung yang megawal pendaratannya. Terima kasih Kaptan Azman. Peramah orangnya. Pangalamannya banyak barangkali. Alhamdulillah. Apabila pintu dibuka terasa terlalu pantas. Ramai yang teragak-agak di tempat duduk. Ketika diarahkan keluar lambat benar pergerakannya. Terkeluar dari bibir pramugari, tak nak balik ke. Sekali lagi saya mendahului baris keluar. Di hujung lorong keluar kami disambut oleh Yang Berbahagia Datuk Ahmed Johari Yahya, CEO MAS.

Pembantu beliau memperkenalkannya kepada kami. Kami menjangka akan terus keluar untuk bertemu sanak saudara. Anak cucu. Sahabat handai yang menunggu lama. Sebaliknya kami dihimpun dahulu di ruang menunggu. Bersama menyambut adalah Encik Ogu, Ketua Setiausaha Kedua Majlis Keselamatan Negara dan Yang Berbahagia Datin Ruhani, wakil dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Kami mengisi borang maklumat. Passport kami diambil untuk memudahkan urusan imigresen. Ada pula taklimat yang seperlunya bagi mereka yang melalu evakuasi seperti ini. Maklumat universiti yang ditinggalkan. Maklumat peperiksaan yang tergendala. Prosedur-prosedur lain yang berkaitan. Lama juga sebenarnya. Untuk mengurus pasport 294 orang mengambil masa juga. Kami menunggu sehingga proses pemeriksaan passport selesai.

Untuk mengambalikan semula passport juga memakan masa. Pegawai-pegawai imigresen memanggil nama kami seorang demi seorang. Diasingkan antara lelaki dan wanita. Dalam dua kumpulan. Laju langkah kami ke tempat mengambil bagasi. Kami ingatkan bagasi kami berpusing-pusing tiada siapa yang mengambil tahu. Terima kasih kepada petugas di lapanganterbang. Rupanya bagasi kami disusun dengan rapi. Terima kasih sekali lagi. Kami cari, letak di atas troli dan disorong keluar untuk bertemu dengan orang-orang yang menanti. Menanti juga wakil negeri-negeri. Kami tulis senarai nama kami. Keluar dari lapanganterbang untuk makan dengan segera. Terasa lapar kerana di dalam pesawat hanya mengalas perut sahaja. Bagai mimpi sahaja. Dunia ini menjadi sangat kecil. Semalam di Kaherah. Hari ini di Kuala Lumpur. Sempurna suatu proses evakuasi.

Bawa bagasi mana yang perlu sahaja. Adalah sedikit oleh-oleh untuk cucu-cucu.

Rumah Johor di Hayyu Thamin

Cuba sms anak-anak

Anak-anak Johor

Sementara belum bertolak ke lapanganterbang

Tuan Syed Ahmad yang banyak membantu rakyat Malaysia

Mengatur bagasi

Bersembang dahulu sebelum menaiki bas

Rumah Johor

Pada bas yang membawa kami tertulis walcoma. Saya tak tahu maksudnya. Mungkin welcome dalam bahasa Inggeris. Wallahu'alam

Rumah Johor

Pandangan jauh

Sebentar di pintu Rumah Johor

Menyusun baragasi ke dalam tramco

Sama-sama membantu

Bersama anak Johor

Saat hampir menaiki bas

Sebahagian bagasi di atas bas

Yang tua duduk dahulu di hadapan

16 orang kesemuanya

Di luar lapanganterbang antarabangsa Kaherah

Masih lapang pada awal pagi 

Wakau bagaimanapun semu akerusi sudah penuh

Petugas evakuasi sedang membahagikan stiker bernombor

Bersembang dengan pelajar perubatan

Evakuasi tetapi tiada yang berasa cemas

Passport kami dikembalikan

Setiap satunya berisi 20 paun Mesir. Kira-kira RM10.

Semakin siang semakin sesak

Menyediakan bagasi untuk diimbas

Ramai

Sesak

Ada kerusi kosong apabila ramai yang sudah masuk ke dalam

Mula berkumpul

Mula beratur

Di ruang menunggu untuk berlepas

Sabar menunggu

Untuk menaiki shuttle

Yang berkeluarga dan yang wanita didahulukan

Menaiki pesawat MAS

Seorang demi seorang

Di pintu masuk

Dari tingkap

Ramai juga

Tangga Egyptair tetapi pesawat MAS yang menerbangkan kami

Mencari tempat duduk

Mereka yang terkemudian ditempatkan di kelas bisnes

Yang tua didahulukan. Nikmat tua agaknya. 

Yang keletiha tidur dengan nyenyak.

Pramugari yang bertugas

Sepanjang masa

Taklimat di balai ketibaan

Tidak cukup kerusi

Antara mereka

Datin Ruhani

Wakil Kementerian Pelajaran Malaysia

Encik Ogu. Timbalan Ketua Setiausaha 2 Majlis Keselamatan Negara 

Ramai yang duduk di atas karpet

Ada pelajar yang sudah berkeluarga

Tiga beradik dari Terengganu

YBhg Datuk Ahmed Juhari Yahya, CEO MAS turut menyambut kami. 

Sempat berbual dan bergambar dengannya.

Banyak taklimat

Karpet baru

Mula beredar

Menanti passport dikembalikan 

Penyambut anak-anak Johor memerlukan kami menulis nama

Seorang demi seorang

Keluar dari lapanganterbang bersama menantu, anak dan cucu