Generasi hari ini tentunya lahir natijah dari
usaha generasi terdahulu. Siapalah bapa mereka ditentukan oleh generasi
terdahulu. Siapalah ibu mereka tentu juga hasil generasi terdahulu. Mereka
dibentuk oleh sistem bernegara sejak kita merdeka pada tahun 1957. Yang kita
bentuk dengan berbagai strategi. Dengan falsafah yang dihasratkan membina
warganegara yang berstatus tinggi. World class mungkin seperti yang
selalu dicanangkan keliling alam. Namun kita melahirkan generasi yang terkebelakang
dari segi reformasi diri. Dari segi moral dan etika. Dari segi teknologi. Malah
di mana sebenarnya kedudukan kita dari segi politik. Mereka yang bukan Melayu
semakin bersatu. Semakin menyatu. Semakin berarah tuju yang sama. Semakin
tinggi menggapai kuasa politik negara. Menggenggam kuasa ekonomi negara. Di mana
kita? Di mana? Kita terbang tidak tinggi. Berjalan tidak jauh. Berlari sekadar
seperti anak-anak. Apa yang kita hidangkan? Kejayaan apa?
Di sana sini kita dihidangkan dengan LGBT.
Dengan pluralism. Dengan liberalism. Dengan mereka yang Atheis. Dari mana
mereka lahir? Mereka adalah anak-anak pasca merdeka. Pasca merdeka apabila kita
sudah bukan lagi dijajah. Pasca ketika kita mengurus sendiri negara tercint
aini. Semasa kuasa hampir mutlak di tangan kita. Malangnya nilai genersai
semakin merudum. Prestasi kebanyakan aspek kehidupan kita jauh di belakang. Siapa
kita? Lahir selepas merdeka. Kita menjadi anak subsidi. Anak manja yang menjaja
kasih tetapi kuasa yang ada dikikis dari masa ke semasa. Siapa yang
mengikisnya? Tangan saudara mara kita. Saudara yang disepakati diberi kuasa
untuk benar-benar membebaskan kita dari dijajah.
1
Dari jajahan budaya.
2
Dari jajahan minda.
3
Dari jajahan sikap.
4
Dari lemah semangat.
5
Dari perasaan rendah diri. inferiority
complex.
6
Dari banyak meminta dan kurang menyumbang.
7
Dari berfikirtan jumud
8
Dari bodoh sombong.
Siapa kita hari ini bukan datang seperti mee
segera. Kita lahir mempamerkan siapa ibu dan bapa kita. Siapa datuk dan nenek
kita. Kita merealisasikan hasrat generasai ibu dan bapa kita. Ibu dan bapa kita
yang menyediakan kita untuk hidup dalam zaman ini. Mereka yang melahirkan kita.
Yang membesarkan kita. Yang mendidik kita. Siapa kita adalah mereka. Watak kita
mereka yang corakkan. Akhlak kita ciptaan mereka. Jadinya kita memenuhi hasrat
mereka. Masih ingatkah gagasan Melayu Baru? Masih ingatkah gagasan sedikit ‘kurang
ajar’ tidak mengapa? Sekarang lahirlah Melayu jenis itu. Malangnya tiada siapa yang mengaku bertanggungjawab
melahirkan Melayu jenis itu. Maka kita hanya mampu memerhati. Mungkin tega memperli. Memperlekeh mereka.
Punca dari mana mereka datang tidak diambilkira. Tidak ditelusuri. Kita hanya
melihat produk yang ada yang tidak seindah dipandang mata. Tidak sedap didengar
telinga. Tidak pantas dipanggil ketua. Jauh sekali dari sifat memimpin.
Ke mana Melayu hendak dibawa. Ke mana arah tuju
kita. Sesudah 60 tahun kita merdeka, kita seolah-olah tidak mampu mencari arah
yang benar. Arah yang lurus. Arah yang membawa kita senang di dunia dan senang
di akhirat. Dalam era kita ini maksiat berleluasa. Ulamak dipandang sebelah
mata. Nasihat bak lalu di daun keladi. Apakah kita semua bestari belaka? Masih ingat
cerita The City of Troy? Dimusnahkan Allah kerana kebejatan yang
melampaui sifat manusia. Adakah Palu di
Meluku contoh terkini. Penuh dengan LGBT. Penuh khurafat. Sesuatu yang
menentang akidah. Begitu zaman yang di penghujung ini. Autoriti agama sudah tidak
dipertimbangkan nasihatnya. Mungkin kedudukan dan kekayaan menjadi rujukan
utama. Agama bukan lagi menjadi keutamaan.
Benarkah ini zaman yang berada di penghujung? Mereka
yang tidak arif menjadi pemimpin. Mereka yang tidak layak memimpin. Mereka diangkat
menjadi pemimpin. Ada yang benar di kalangan yang memimpin. Tetapi ramai benar
yang tersasar dari kepimpinan yang membawa ke syurga. Mereka sesat agama. Menyesatkan
pula orang lain. Hanya penuh drama di dunia sahaja. Mereka tidak melindungi. Tidak
memberi perlindungan. Norma-norma luhur sudah hilang entah ke mana. Sebaliknya kita
dibebani dengan hal-hal yang tidak menyumbang sebagai ibadah. Membantu menambah iman. Yang membawa kita ke
jalan lurus. Aduhailah malang bangsa yang tenggelam punca. Apa lagi yang belum
dicuba. Kesemuanya bereksperimen mencari teraba-raba. Apabila hilang
kebijaksanaan maka kita kekal di bawah paras tidak pandai berupaya. Kekal hanya
memandai-mandai.
Bila agaknya kewarasan kita kembali? Kebijaksanaan
menjelmakan diri. Mereaslissi aspirasi indah memerintah dengan kuasa sebenar. Mencerna
kemerdekaan yang benar diidam. Hidup beragama yang syumul sifatnya. Mencari sejahtera
yang membahagiakan. Mencapai jiwa yang tenang. Untuk kembali
kepadaNya dalam keadaan redha dan diredhai.
No comments:
Post a Comment