Dalam dunia ini banyak
kategori diri kita. Kita mungkin tidak sedar dalam kategori mana kita berada.
1
Pandai dalam satu kategori tetapi kita tidak tahu bahawa kita tidak pandai
dalam banyaaak kategori lain.
2
Hebat dalam satu ketegori tetapi tidak hebat dalam banyaaak kategori
lain.
3
Mengetahui dalam satu bidang tetapi banyaaak sangat yang kita tidak tahu.
Kita rasa kita sudah
cukup memberi tetapi banyak lagi yang belum menerima pemberian kita. Belum cukup
kualiti pemberian kita. Belum cukup kuantitinya pemberian kita. Beluam memberi
kepuasan nurani dan psikologi kepada orang lain. Kita yang memberi pun belum
puas kerana pemberian kita tidak seberapa. Usah benarkan
diri kita ingin banyak menerima kerana yang paling baik ialah pemberian Allah. Anugerah
Allah. Limpah kurnia Allah.
Penulis guru Al-Quran.
Dalam sehari hanya beberapa orang sahaja yang dapat dibantu untuk memperbaiki
bacaan al-Quran mereka. Dalam kelas secara massa mungkin keberkesanannya tidak
seperti bertalaqqi bersemuka seorang demi seorang dalam masa setengah jam atau
sejam seorang. Di luar sana sangat ramai lagi khalayak yang perlukan bimbingan.
Paling baik tentunya:
1
Bapa yang membimbing isteri dan anak-anaknya.
2
Ibu yang membimbing anak-anaknya kerana kehadiran ibu lebih dekat dengan anak-anaknya.
3
Jiran tetangga sesama sendiri.
Cuba kita lihat sekeliling kita. Kita mengetahui siapa yang boleh
membaca al-Quran dengan baik dan siapa yang tidak. Dalam banyak majlis mengenai
al-Quran sepertinya 95% dihadiri oleh wanita. Sekitar 80% adalah mereka yang
sudah mencapai status warga emas. Ketidak masa sudah sangat singkat masih
berkesempatan untuk mempelajari al-Quran. Masih Allah beri peluang untuk
mendalaminya sekadar kemampuan kesihatan dan masa yang ada. alhamdulillah dalam
keuzuran ramai yang Allah beri tempoh masa untuk mempelajari al-Quran. Untuk lebih
mengetahuinya. Walhal di luar sana terlalu ramai yang tidak terlibat dengan
al-Quran. Terlalu ramai. Soalnya, apa perlunya al-Quran lagi?
Bukankah al-Quran adalah sumber segala sumber.
1
Sumber segala ilmu. Sebut apa sahaja, kesemuanya terdapat di dalam
al-Quran. Tidak ada yang tertinggal. Tetapi perlu mengkaji. Membuat eksperimen.
Soal selidik. Mencari jawapan-jawapan yang tidak kita ketahui. Dinemsi ilmu itu
terlalu luas. Bak cakerawala di angkasa raya. Banyak dan luas. Dekat dan jauh. Besar
dan seni.
2
Sumber tamadun. Kajilah tamadun zaman Nabi Nuh as. Teknlologi pembuatan
kapalnya yang sangat mengkagumkan. Tahan badai. Nabi Hud as dan kaun ‘Ad yang
besar saiznya. Tamadun mereka luar biasa di Alqaf di Yaman. Nabi Salleh as di
Madain dengan ukiran bangunan di gunung-gunung. Nabi Ibrahim as dan pembangunan
kawasan di Makkah khususnya Kaabah dan Masjid al-Haram. Zaman Iskandar Zulkarnain
dan tembok untuk menghalang Yaajuj dan Ma’juj.
3
Sumber teknologi pengangkutan.
4
Sumber teknologi angkaasa. Sember pertanian.
5
Banyak dan banyak lagi. Panjang senaraainya tanpa had panjangnya.
Tidak pernah rugi sesiapa yang belajar, mempelajari, mengkaji dan
mendalami al-Quran. Penulis sebak setiap kali memikirkan ummah yang sentiasa
sibuk sehingga melupakan akhirat. Kaum sejeni spenulis ramai yang selalu dalam
kategori tertinggal apabila diperkatakan bab al-Quran.
1
Malu hendak belajar. Takut nanti dikesan orang kelemahannya. Pada hal
apabila kita belajar hasratny a ialah supaya orang mengesan kelemahan kita
membaca al-Quran. Guru membantu kita memperbaiki kelemahan kita itu.
2
Ada orang yang berasa sudah cukup ilmu al-Qurannya walaupun orang
sekeliling mengetahui kelemahan dirinya. Kelemahan diri bersama dengan ego
adalah dua kembar yang menghalang ke arah melembutkan hati.
3
Ada orang sangat maklum akan kelemahan dirinya tetapi bertahan untuk tidak
belajar lagi. Tidak mencari guru untuk membantu.
Kadang-kadang kita salah berfikir. Kita redha orang tahu kita tidak mahir
membaca al-Quran dari berusaha belajar untuk memahirkan diri. Tanpa belajar mereka
kehilangan:
1
Nikmat belajar.
2
Nikmat berguru.
3
Nikmat bersosial dama bidang al-Quran dan agama.
4
Nikmat berinteraksi dengan al-Quran.
5
Nikmat memahami agama melalui al-Quran.
6
Nikmat membaca al-Quran dengan lebih tepat makhraj dan sifatnya.
7
Nikmat mengetahui berbagai-bagai ilmu berkaitan al-Quran.
8
Nikmat mendapat ketenangan melalui al-Quran.
Sebenarnya berjinak dengan al-Quran setelah mengetahui berbagai-bagai
ilmu adalah suatu kelebihan. Advantage. Ilmu yang berbagai membantu memahami
al-Quran dengan lebih mendalam. Malah lebih santai. Ilmu seperti Matematik,
Kimia, Biologi, Fizik, Geologi, kajicuaca, astronoomi dan berbagai yang lain
memudahkan kita menghadam isi kandungan al-Quran. Sekarang ini ramai golongan
profesional yang memajukan diri dalam bidang al-Quran, terjemahan dan
tafsirnya. Tadabbur dan tadzakkurnya. Kajian yang berterusan pastinya menemukan
kita proses memahami al-Quran dengan kadar yang lebih berkualiti.
Yang penting setiap kita keluarlah dari kepompong malas, malu, berasa
cukup, rendah diri, menyingkir, membawa diri atau menolak. Sesungguhnya kita semua
pasti kembali kepada Allah. Sesungguhnya setiap yang bernyawa/bernafas pasti
tiba ajalnya. Termasuklah kita semua. Belum
banyak yang kit apelajari. Tidak banyak yang kita sumbangkan. Fardhu ain kita
sangat sedikit. Fardhu kifayah kita terbatas jika fardhu ain kita tidak
mencukupi. Kita bukan sahaja hanya untuk
melepaskan diri kita sendiri bahkan tugas kita ialah untuk membawa sama mereka
yang berada di sekeliling kita ke syurga yang Allah janjikan. Marilah kita sama-sama
mencari untuk menerima yang terbaik dari mereka yang arif di sekeliling kita. Mudah-mudahan
dengannya kita pula diberi peluang untuk menyumbang seberapa yang kita ada.