Bagaimana mendidik anak sebenarnya. Dari siapa kita
perlu belajar. Kepada siapa pula hendak bertanya. Dalam hal ini kita selalu
terlepas pandang akan hal-hal yang penting dalam hal mendidik anak. Bayangkan situasi
dan senerio ini:
1
Anak-anak yang memulakan persekolahan pada tahap satu
masih menghisap puting kosong. Puting yang tidak mengandungi apa-apa. Tidak
mengenyangkan. Tidak menambah manfaat. Hanya kebiasaan dan ketagihan yang tidak
terkawal. Menjadi bahan lawak guru dan rakan-rakan murid yang lain. Yang lucunya
bukan anak itu. Ia tidak tahu apa-apa kerana kebiasaan itu dibiarkan berlarutan
melebihi masa yang seperlunya. Ibu dan bapanya yang dilihat lucu. Masakan anak
sebesar tujuh tahun masih belum meninggakan kebiasaan seorang bayi. Imej ibu
dan bapa yang tercalar. Maruah ibu dan bapa yang cemar. Kelemahan dari segi
kemahiran mendidik anak-anak. Lambat mematangkan mereka seiring dengan usia
mereka.
2
Anak-anak yang sudah bersekolah masih lagi minum
menggunakan botol berputing. Puting juga tetapi berisi air. Ada manfaatnya
tetapi sudah terlalu melampaui keperluannya. Apabila motor tubuh badan
anak-anak sudah boleh berfungsi seperti memegang, mereka perlu diajar untuk
makan sendiri. Minum sendiri. Mulakan dari awal. Pada awalnya memang tumpah. Makannya
bersepah. Bersabarlah. Tidak lama. Apabila sudah dimahirkan ibu dan bapa juga
yang senang. Anak sudah boleh makan dan minum sendiri. Mereka hanya perlu
dipantau dari masa ke semasa supaya apa yang mereka lakukan adalah betul. Umpamanya
makan dengan tangan kanan. Memegang sudu dan garpu dengan betul. Mengambil lauk
dengan betul. Menyuap dengan betul. Tidak tamak atau gelojoh. Belajar menyukat
kuantiti makanan atau minuman pada waktu makan. Tidak berlaku pembaziran. Tidak
pula berebut-rebut. Didik mereka untuk berkongsi makanan dengan ahli keluaga
atau rakan atau saudara-mara.
3
Anak-anak yang sudah bersekolah berkejar apabila balik
ke rumah kerana kehausan tidak menyusu ibunya selama berada di sekolah. Wajarkan
bahawa anak-anak berhenti menyusu ibunya sewaktu usianya mendekati dua tahun. Pada
usia dua tahun dia sudah bebas dari mengulit ibunya sepanjang masa. Tentu luarbiasa
apabila anak yang berusia 10 tahun masih menyusu ibunya.
4
Anak-anak yang sudah bersekolah masih perlu disuap
sehingga ibunya tidak dapat berbuat kerja lain selain dari mengadapnya sahaja. Tugas
ibu dan bapa ialah memandaikan anak-anak. Menjadikan mereka berdikari seawal
mungkin. Ibu-ibu umpamanya bukan dayang sepenuh masa. Bukan inang sepenuh masa.
Anak-anak zaman tahun 1950an seawal usia lima tahun atau lebih awal sudah
pandai menanak nasi. Boleh mengukur kelapa. Memetik sayur di sekeliling rumah. Menyuapkan
adik-adiknya makan dan minum. Memandikan dan mendodoikan adik-adik untuk tidur.
Ibu dan bapa mereka mungkin ke bendang atau menoreh getah. Atau si ibu sibuk
mengurus rumah.
5
Anak-anak yang bersekolah belum kenal tata sosial. Ada
anak-anak yang belum mengetahui tata bersosial dengan guru atau dengan rakan
sekelas. Mereka tidak tahu hendak meminta izin untuk ke bilik air umpamanya. Tidak
tahu mengucapkan terima kasih. Tidak tahu cara meminta maaf. Tidak tahu membantu
rakan yang berat membawa buku. Tidak tahu meminjamkan pensil kepada rakan yang
tidak membawanya.
6
Ada anak-anak yang sangat berat mulutnya. Tidak hendak
hanya geleng kepala. Jika setuju hanya angguk-angguk kepala. Jika tidak tahu
hanya mengangkat bahu. Kesemua ini adalah salah. Salah dari segi komunikasi. Salam
dari segi intersksi. Salah dari segi sosial. Tolong jangan didik mereka begitu.
Jika tidak katakan tidak. Jika ya katakan ya. Didik anak-anak supaya mengungkan
kata tidak, ya, tahu, mahu, tidak tahu dan sebagainya. Didik mereka untuk
menyatakannya dengan perkataan. Dengan bercakap secara lisan. Jangan galakkan
mereka berinteraksi dengan anggota tubuh badan sahaja. Kita hendak anak-anak
bercakap. Menggunakan mulut mereka untuk bercakap. Pastikan apabila bercakap
suaranya cukup kuat. Teratur. Tidak menjerit atau bercakap laju. Didik mereka
menggunakan ayat penuh dengan istilah yang sesuai. Lebih tepat lebih baik.
7
Didik anak-anak supaya memahami maksud bergilir-gilir.
Bukan berebut-rebut. Bercakap ikut giliran. Membeli makanan secara bergilir. Masuk
ke kelas bergilir-gilir. Keluar kelas bergilir-gilir. Kesemua ini adalah untuk
mendisiplinkan kehidupan mereka. Bahwa setiap sesuatu ada peraturannya. Berkongi
semua keadaan dengan orang lain.
Usia tujuh tahun adalah uisa anak-anak sewajarnya
sudah mandiri. Sudah berdikari. Sudah bebas dari pertolongan ibu-bapa atau
adik-beradik kecuali hal-hal yang berat, tinggi, jauh dan sebagainya. Apabila
bersekolah anak-anak seharusnya sudah:
1
Boleh mengurus diri seperti mandi, makan dan minum,
beristinjak dan memakai pakaian yang sesuai. Berbedak, bersikat dan berpakaian
kemas.
2
Mengenal waktu dan mengetahui pentingnya menjaga
waktu. Tidak perlu lagi dijerit-jerit dan dibentak-bentak. Mereka tahu menjaga
waktu. Berperanan mengikut waktu. Terutamanya menjaga waktu solat.
3
Mengenal wang dan tukarannya. Membezakan antara wang
besar dan wang kecil. Jika boleh sudah mengetahui wang tukar dan baki setiap
wang yang dibelanjakan.
4
Mengenal bahaya dalam perjalanan seperti terhadap
orang asing yang tidak dikenali. Bahaya kotor. Risiko kemalangan.
Ramai ibu dan bapa yang tidak mengetahui impliksi
anak-anak yang belum berdikari ini kepada guru dan sekolah.
1
Ada ibu yang berada di sekolah berbulan-bulan lamanya kerana
menemankan anak-anak yang baru berada di tahap satu. Keberadaannya diperlihatkan
kepada si anak. Sewaktu rehat anaknya perlu disuap atau ditemankan berbelanja
di kantin sekolah. Banyak kerja lain yang tergendala. Rumah ditinggalkan. Anak-anak
yang lain diserahkan kepada orang lain untuk menjaganya. Silapnya kerana anak
itu tidak dimatangkan seawal mungkin supaya boleh berdikari. Boleh bersosial
dengan rakan sebayanya. Supaya ibu itu bebas untuk melakukan kerja lain yang
menjadi tugasnya di rumah.
2
Ada guru yang terpaksa menjadi ganti kepada ibu dan
bapa. Murid-murid mereka membuang air besar dan kecil tanpa boleh beristinjak. Itu
belum anak-anak yang buang-buang air di kelas. Yang termuntah. Guru kelas itu
yang terpaksa membasuh tubuh badan si anak. Membasuh kelas. Dan berbagai lagi
yang tertanggung di bahu seorang guru sekolah kebangsaan. Hanya mereka yang
sifat guru dan keibuannya sangat tinggi sahaja yang berupaya menghadapi kesemua
karenah anak kecil yang baru bersekolah.
3
Paling menggusarkan ialah keselamatan anak-anak. Ada masanya
ibu atau bapa lambat mengambil anak dari sekolah. Ibu dan bapa perlu maklum
bahawa tugas guru bukan hanya mengajar sahaja. Selepas tamat sesi mengajar guru
perlu segera pulang ke rumah untuk makan, mandi, solat dan menukar pakaian. Pukul
3.00 petang ia mungkin diperlukan di sekolah untuk melaksanakan tugas-tugas
kokurikulum. Pada tahap ini ibu dan bapa ramai yang tidak maklum. Guru banyak
tugasnya. Menjadi sulit kepada guru apabila ada anak murid yang lambat diambil
ibu atau bapa mereka.
Anak-anak adalah aset penting ibu dan bapa. Mereka adalah
harapan masa hadapan mereka. Lebih cepat mereka matang lebih baik untuk
mana-mana pasangan ibu dan bapa. Beajarlah sebanyak mungkin. Bertanyalah sebanyak
mungkin. Buatlah pengamatan sebanyak mungkin. Orang lain telah melakukannya. Banyak
manfaatnya belajar dari mereka yang lebih arif. Dari pengalaman mereka. Bagi ibu
dan bapa muda inilah masanya untuk belajar dari mereka yang sudah
berpengalaman. Bukan susah ‘copy and paste’ sahaja. Mungkin tambah kosmetiknya
sahaja.
No comments:
Post a Comment