Antara beberapa tasik air tawar di sekeliling Siwa. Sumber airnya banyak. Terlalu banyak bagi kawasan yang relatif kecil. Maka air dari sini dihantar ke kawasan lain di Mesir, Air dari Siwa sangat terkenal.
Padang pasir difahami sebagai tempat yang kering
kontang. Tiada air. Panas terik. Kosong dari tumbuhan. Dari kehidupan. Perit
dan menyakitkan. Tumbuhan atau haiwan tiada kelihatan. Manusia sukar hidup
tanpa kesemuanya itu. Mesir umpamanya negara padang pasir yang kering kontang. Tanpa air dari Sunga Nil dan wadi atau oasis
yang terdapat di sana sini tiada kehidupan. Tidak banyak wadi besar di Mesir.
Dikatakan hanya ada lima buah sahaja. Yang paling besar ialah di Siwa.
Panjangnya 80 kilometer dan lebarnya 20 kilometer. Ini bermakna Siwa adalah sebuah wadi yang
cukup besar. Kawasan yang seluas itu dipenuhi bumimya dengan air. Kerana itu
juga Siwa masyhur dengan kurma dan zaiton. Tetapi yang paling utama di sini
ialah air. Air dari bumi yang menghidupkan segalanya di Siwa ini. Tidak ada
sungai tetapi terdapat berbagai tasik di sekelilingnya. Kebanyakannya tasik air
tawar. Namun begitu terdapat pula sebuah tasik air masin yang menakjubkan.
Siwa terpencil beratus kilometer di tengah padang
pasir. Bandar terdekat ialah Matruh sejauh 220 kilometer arah ke pantai Laut
Mediterranean. Namun ianya berkecukupan untuk hidup. Self sufficient.
Kurma cukup banyak untuk menghidupkan mereka. Alhamdulillah air tidak pernah
putus bekalannya. Anugerah dari Allah. Malah tasik garam membekalkan keperluan
garam harian untuk mereka. Jika kurma menjadi mercu tanda di Siwa, air juga
mercu tanda yang penting. Allah melimpahkan mereka dengan air. Mungkin
menakjubkan. Beberapa syarikat air yang besar di Mesir memiliki kilang air di
Siwa. Tidak ada kerisauan bahawa air di sini dicemari bahan toksik atau
radioaktif. Sumber air dari dalam bumi selamat untuk diminum. Begitulah
besarnya kuasa Allah ke atas hamba-hambaNya. Hanya perlu bersyukur dan taat
kepadaNya. Yang lain akan dibalas dengan berlebih-lebihan. Di Siwa air bukan
sahaja untuk minuman bahkan sumber ekonomi, sumber pekerjaan dan tidak kurang
juga sumber politik.
Hampir keseluruhan bumi Mesir ini adalah padang pasir.
Namun begitu Sungai Nil membekal keseluruhan air yang dibekalkan ke seluruh
negara. Di Mesir tidak ada hujan kecuali sekali sekala. Hujan hanya berlaku dalam
jangka waktu beberapa tahun. Hujan yang menandakan bergantinya musim hanya
rintik-rintik. Atau hujan gerimis yang hanya beberapa minit. Apabila Islam
mengatakan hujan adalah rahmat orang di Malaysia tidak dapat memahaminya dengan
sebenar-benarnya. Tetapi orang di bumi yang penuh dengn padang pasair
sangat-sangat bersyukur apabila turunnya hujan. Walaupun tidak lebat dianggap
suatu rahmat yang besar. Air turun dari langit. Membawa bersamanya nikmat dan
rahmat. Mereka akan memanjangkan doa sepanjang hujan itu turun. Doa dan berdoa.
Dengan hiba dan tangis. Rahmat Allah yang jarang mereka terima. Hujan diterima
dengan perasaan penuh nikmat dan syukur.
Kita tidak menghargai hujan dan air hujan. Terlalu
biasa. Tidak nampak nikmatNya. Tidak mengkaji rahmatNya. Yang kita lihat hanya ecak
dan lopak. Hanya banjir dan bah. Yang tenggelam dan akibat yang terjadi. Dalam
banyak air itu kita selalu kekurangan air untuk keperluan hidup. Banyak masalah
menguruskan air yang sumbernya banyak. Tempat-tempat takungan air seperti tidak
cukup. Dikomersilkan pula sehingga ramai yang yang terpinggir dari menikmati
air yang bersih dan mencukupi. Berbeza dengan Mesir. Tiada hujan tetapi air
mencukupi. Di negara kita air sungai banyak. Air tasik banyak. Air hujan
banyak. Kita seperti tidak tahu untuk mengurus nikmat yang Allah anugerahkan
kepada kita. Ekonomi berkembang tetapi kita tidak sama mengembangkan keperluan
air untuk negara. Lembah Klang umpamanya adalah milik negara. Bukan sekadar
milik Selangor atau milik Wilayah Persekutuan. Banyak yang perlu difikirkan
dari segi negara. Bukan negeri sahaja. Bukan individu sahaja.
Kepekaan terhadap kemanusiaan kita perlu tinggi.
Politik hanya agen pemudahcara dalam banyak hal. Manusia pada keseluruhannya
yang lebih penting. Yang menenntukan asas hadapan negara. Yang menentukan
keutuhan negara itu sendiri. Apa yang penulis temui di Siwa, Mesir sangat menginsafkan.
Sumber air mesti diurus dengan niat kerana Allah. Lillahi Taala. Jika ada niat
lain maka niat lain itulah yang merosakkan kita dalam mengurus air untuk
negara. Pendidikan mengenai air mungkin perlu diperkenalkan dari sekolah. Dari
anak-anak kecil supaya mereka menghormati air. Supaya memikir cara terbaik
untuk mengurus air. Pemimpin pula memikirkan kebajikan rakyat yang dipimpinnya
dalam mengurus air negara. Mana yang kurang dibetulkan. Dibantu. Mana yang
lebih dikongsikan. Kenapa tidak diagihkan seperti bekalan elektrik. Ada
pencawang. Ada meter.
Malah di negara-negara maju air adalah keperluan asas
yang sangat dijaga rapi. The basis of all needs. Di Barat ada negara
yang bekalan air bersihnya adalah percuma. Hadiah negara untuk rakyat. Untuk
menghidupkan rakyat. Untuk mempastikan rakyatnya sihat. Sebagai balasan rakyat
menyumbang produktiviti kepada negara. Sandar menyandar untuk membina negara. Lagipun
rakyat membayar cukai. Pemimpin berusaha untuk mempastikan bahawa rakyat
sentiasa sihat. Berkecukupan. Tidak seharusnya ada sebarang halangan untuk
menikmati air bersih dari negara. Bekalan elektrik mungkin boleh terputus
tetapi bekalan air tidak boleh diputuskan. Tanpa air banyak yang tidak dapat
meneruskan kelangsungannya. Sampai masanya kita memikirkan semula konsep penswastaan air. Ianya perlu menjadi
milik negara. Dari negara untuk rakyat. Disumbangkan kembali kepada rakyat. Fikirkan
kecekapan pengurusannya. Tingkatkan integriti (amanah) dan akauntibiliti kepada
Allah.
Sebuah arca disinari matahari pagi sewaktu kami meninggalkan Matruh dalam perjalanan ke Siwa.
Padang pasir yang kering kontang.
Hanya terdapat rerumput kering yang akan segar apabila ditimpa hujan.
Berkabus.
Matahari berbalam-balam di sebalik kabus.
Tanpa kabus tentunya cahaya matahari ini agak terik walaupun di awal pagi.
Bandar Siwa dilihat dari Gunung Mayat. Jabat mauta. The Mountain of the Dead.
Ladang kurma yang melaut luasnya. Menghidupkan Siwa dan penduduknya.
No comments:
Post a Comment