Banyak kincir air sepertinya pada zamannya. Di serata tempat di seluruh Fayoum. Teknologi telah mengubah peranannya. Sekaran kincir yang ribuan tahun usianya ini menjadi bahan sejarah. Diperbaiki dan disenggara dari masa ke semasa. Dikekalkan sebagai bukti bahawa al-Quran adalah benar.
70% bumi adalah air atau cecair. Semua
yang bernyawa mengandungi 70% air. Maka air adalah sumber kehidupan yang utama.
Barulah kita cerita mengenai tanah, api dan udara. Campuran sempurna keempat-empatnya
membentuk fizikal insan dan bumi. Air mengawal kehidupan yang diharmonikan
dengan pepejal fizikal, kehangatan dan udara untuk pernafasan terutamanya. Allah
jadikan bumi kaya dengan tumbuh-tumbuhan. Bersamanya didatangkan haiwan di
darat, unggas di udara dan hidupan air di laut. Kesemuanya menjadi manfaat
kepada manusia dengan izin Allah. Ada yang memudaratkan. Tetapi kebanyakannya
memberi manfaat. Sejak dari dahulu lagi manusia sudah berjinak-jinak dengan
pertanian sebagai sumber makanan yang berpanjangan. Makanan ruji terutamanya. Mungkin
gandum yang diproses menjadi tepung. Diolah menjadi kuih atau roti atau apa
sahaja makanan kegemaran. Di Asia pula makanan rujinya nasi dari beras dan dari
padi.
Pertanian dan air adalah gandingan
sinonim. Di Mesir kawasan di sepanjang sungai Nil adalah kawasan pertanian yang
subur. Di Fayoum yang terletak di selatan Kaherah adalah antara kawasan yang
subur dari segi pertaniannya. Nabi Yusof menggerakkan usaha menjadikan pertanian
sebagai keutamaan. Darinya datang bekalan makanan. Di Fayoum terlihat begitu
luas kawasan pertanian yang menghidupkan berbagai hasil pertanian. Ada gandum,
anggur, mangga, bawang, herba dan berbagai lagi sayur-sayuran. Padang pasir
adalah kawasan yang kering dan kosong. Hujan di Mesir bukan seprti kita di
Malaysia. Pada kebanyakan masa hujan hanyalah rintikan air yang turun setitik
demi setitik. Gerimis kecil dan hanya sebentar. Mendungnya lama. Gelap langit. Namun
hujannya sangat sedikit. Sangat mengujakan apabila turun hujan lebat.
Begitulah hujan yang dianggap rahmat. Ada
air turun dari langit. Dari atas. Membasahi apa sahaja yang ditimpanya. Walaupun
sebentar dan sedikit tetapi impaknya pada hati sangat mendalam. Orang di sini
berdoa sepanjang-panjang hujan turun. Rahmat Allah diterima dengan doa
kesyukuran. Berdoa sekehendak hati. Mudah-mudahan rahmat yang turun disambut dengan
doa yang dipanjatkan ke hadrat Ilahi. Ada sesuatu yang unik di Mesir umpamanya.
Hujan tidak lebat. Tetapi bekalan air tidak pernah terputus seperti kita di
Malaysia. Alhamdulillah Allah membekalkan air yang tidak pernah putus. Sungai
Nil sentiasa mengalir airnya sepanjang zaman.
Di Fayoum Nabi Yusof membina kincir air
yang masih dapat dilihat hingga kini. Sesudah ribuan tahun masih ada buktinya
seperti yang tersebut di dalam al-Quran. Usaha pertanian diteruskan dari
generasi ke generasi berikutnya tanpa putus. Hasil pertanian di Mesir murah
pula harganya. Semua rakyatnya boleh membelinya. Seikat daun bawang seberat hampit
sekilo hanya RM1. Oren yang masak dan manis hanya RM1.50 sekilogram. Di Malaysia sebiji RM1.50. Di sini hanya
RM0.25 sahaja. Keladi RM1, keledek RM1.25, cabai RM1.25 sekilogram. Bunga kobis
RM3.50 sebiji yang saiznya lebih besar dari kepala manusia. Pertanian dan
pertanian. Terasa kuasa beli sangat tinggi sewaktu berada di bumi anbia ini. Pesara
seperti penulis rasa segar berada di Mesir.
Kincir air dan Fayoum sangat harmoni. Air
dari sungai dan taliair dialirkan ke kawasan pertanian. Kincir yang digerakkan
oleh arus air sentiasa bergerak selama 24 jam sehari, tujuh hari semingu. Setiap
detik ianya berpusing. Menceduk air,
menuangnya ke dalam tadahan lalu mengalir ke kawsan yang ada usaha bercuck
tanam. Ada sistem yang mengawal air supaya sentiasa mencukupi keperluan sahaja.
Tidak lebih dan tidak kurang. Ada takungan air atau petak-petak yang diguakan
untuk mengawal aliran air. Sesuatu yang unik dan terancang. Nabi Yusof Allah
anugerahkan sebagai jurutera pertanian, jurutera air, menteri pertanian,
menteri kewangan dan berbagai lagi yang perlu untuk menggerakan usaha-usaha
pertanian.
Pertanian bukan sesuatu yang remeh. Bukan
sesuatu yang hina. Ia nadi kehidupan manusia. Nadi kehidupan sesebuah negara. Negara
yang kaya dari segi pertanian lazimnya rasa lebih selamat apabila berlaku
hal-hal yang menggugat negara. Rakyatnya cukup makan. Cukup tenaga untuk
berhadapan dengan berbagai cabaran hidup dan cabaran keselamatan negara. Malang
rasanya apabila bandar Alor Setar membesar maka sawah padi menjadi mangsa. Di atas
sawah terbina pula rumah mewah, kilang besar dan kecil, rumah kedai dan sebagainya.
Senerio yang sama berlaku di Melaka, di Selangor, Negeri Sembilan dan Perak. Penduduk
semakin ramai tetapi sumber makanan semakin dikecilkan. Perhatian lebih kepada quick cash
dan bukan sustanaible
food supply.
Fayoum adalah sejarah besar umat Islam
msejak dahulu kala. Industri pertanian sepatutnya lebih maju setelah belakunya
Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian. Hakikatnya tidak begitu. Manfaat
dari kedua-dua revolusi tersebut tidak diambil oleh orang Islam. Kerana itu kita
terus menerus bergantung kepada musuh-musuh Islam untuk membekalkan makanan
kepada orang Islam. Sehinggalah ada pemimpin yang tersedar dari lenanya. Pertanian
akan disegarkan nilainya suatu hari nanti. Tetapi jangan terlalu lama. Umat sentiasa
menanti dengan mulut ternganga dan perut yang kelaparan.
Berlatarbelakangkan sejarah Nabi Yusof. Kincir itu besar dan agung manfaatnya kepada rakyat Mesir. Melihat tinggalan sejarah sebegitu memberi keinsafan betapa besarnya usaha Nabi Yusof menyelamatkan Mesir dari kemarau. Tentunya dengan bimbingan Allah dan dengan izinNya.
Disinilah gunanya trigonometri dalam kalkulus. Dulu di sekolah belajar tentang tangen, sain dan kosain. Takungan air akan mula tumpah apabila tangennya mendekati sifar. Air itu mengalir melalui peparit yang dibina antara kincir. Mengalir masuk ke takungan air yang dibina berhampiran. Dari situ dialirkan ke kawasan pertanian yang memerlukan air.
\
Kereta kuda yang cantik masih mengiasi Fayoum. Sebagai tarikan pelancong. Sayang tidak punya masa untuk mencubanya.
Masih banyak yang dapat kami kongsikan bersama.
Di Bandar Fayoum
Sebatang jalanraya arah ke Kaherah. Kami dalam perjalanan pulang. Selamat tinggal Fayoum.
No comments:
Post a Comment