Terlalu kerap rasanya
ramai bayi malang di Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA). Bayi dan anak-anak kecil
mongil yang terlal wangi seluruh tubuhnya cedera atau meninggal kerana banyak
sebab yang sukar difahami. Ibu-ibu muda kehilangan cahaya mata yang belum puas
ditatap dan diulit. Suatu industri yang terlalu berisiko tinggi kepada pengguna
atau pelanggannya. Serba serbi menakutkan. Selain dari dicolek ada pula yang
terabai hingga tercedera dan meninggal. Ada pula yang sengaja diberi minuman
dan makanan yang menjadikan mereka tidur nyenyak. Tidak menangis. Tidak bising.
Tidak meragam. Semakin lama TASKA semakin menjadi tidak menentu. Institusi
harapan ini semakin menakutkan. Tiada siapa yang pasti anak siapa yang akan
menjadi mangsa. Yang akan menerima nasib malang seperti anak-anak malang yang
telah pergi terlebih dahulu. Semuanya tentatif. Kepastiannya tidak ada. Yang
pasti kesemuanya menjadi tidak pasti. Ia bukan lagi antara selamat atau tidak.
Malah menjadi lebih kritikal. Sesiapa yang menghantar anak ke TASKA perlu
berfikir banyak kali. Selama lapan jam setiap hari, anak itu hidup atau mati.
Ekstrim.
Banyak persoalan
psikologi dalam pengendalian dan pengurusan TASKA. Banya pihak yang sepatutnya
memainkan perananan. Ironisnya setelah begitu ramai anak-anak kecil menjadi
mangsa, industri TASKA tidak diberi perhatian yang sewajarnya. Tiada mendapat keperihatinan
semua pihak yang berkaitan.
1
Jabatan Perdana Menteri: Pemantauan
tertinggi.
2
Kementerian Pelajaran: Mungkin
persijilan.
3
Kementerian Pembangunan Wanita: Penguatkuasaan.
4
Kementerian Kesihatan: Pelaksanaan dan
penguatkuasaan.
5
Kementerian Sumber Manusia: Wawasan masa
hadapan negara.
6
CEUPECS: Masalah anak buah.
7
Kesatuan Sekerja: Kelesamatan keluarga.
8
Kejiranan: Maslahah umum masyarakat.
Jangan biarkan
anak-anak hanya tanggungjawab ibu dan bapa. Anak itu tanggungjawab negara.
Tanggungjawab pemimpin. Tangungjawab masyaralat. Anak-anak itu masa hadapan negara. Sebagai
contoh, jika kes keceraraan kekal atau kematian sebegitu berlaku di USA penulis
pasti ibu bapa anak-ana malang itu akan menuntut pampas an sekurang-kurangnya
USD100 juta. Juta, bukan ribu. Senang. Andaikan anak itu hidup 65 tahun.
Jawatannya akauntan. Pendapatannya sebulan RM50,000. Selama 40 tahun dia
bekerja berapa jumlahnya. Termasuk juga
dalam pengiraan multiplier
effect dan pengembangan bisness. Di Malaysia semua orang mengambil
mudah mengenai hal kanak-anak. Tidak suka, buang. Tidak suka, bunuh. Tidak suka,
dera. Kita hilang kemanusiaan. Mata kita
berselaput dengan wang ringgit. Mengira dan ampak wang sahaja. Lalu kita lupa
jalan baik yang kita tinggalkan. Kita mencari jalan pintas yang akhirnya
memerangkap selamat diri. Tidak ada pemilik TASKA atau pekerjanya yang akan
selamat apabila tindakan mereka tidak menjamin keselamatan anak-anak yang di
bawah tanggungjawab mereka. Alhamdulillah tidak semua TASKA begitu senerionya.
Masih banyak yang selamat. Cuma ibu dan bapa hendaklah selektif dan
berhati-hati. banyak yang perlu dilakukan untuk memperbaiki keadaan.
Lembaga Perlesenan dan
Persijilan TASKA
Sudah sampai masanya
pihak yang berwajib memberikan perhatian rasmi tentang industri TASKA. Walaupun
kerajaan bukan pemain utama atau bukan pemain rasmi tetapi pihak kerajaan perlu
memberikan garispanduan yang sewajarnya. Ada statutnya yang jelas. Ada
undang-undangnya yang nyata. Ada dasar yang mudah difahami. Maka kesemua TASKA
hendaklah didaftarkan. Pendaftaran ini pula hendaklah dibuat secara serius. Ada
borang dan prosedurnya. Persijilan diperlukan supaya hanya mereka yang benar-benar
layak sahaja boleh mengendalikan sesebuah TASKA. Bukan kerja main-main. Bukan
tangkap muat sahaja. Setiap orang yang yang terlibat terikat dengan
undang-undang dan konsekuennya. TASKA hendaklah dipandang sebagai institusi
masyarakat yang serius. Ia pelengkap kepada hasrat untuk memberi peluang kepada
ibu-ibu muda sama-sama membina negara. Hak mereka wajib dihormati. Sumbangan mereka
dihargai. Bukan dengan wang ringgit tetapi dengan menjamin keselamatan
anak-anak mereka di TASKA sebagai contoh kecil.
Pemeriksaan Kesihatan
Menjaga kanak-kanak
kecil sama juga seperti menjaga orang tua. Kanak-kanak belum kuat dari segi
pertahanan diri. Dari serangan penyakit. Imunisasai pada diri mereka belum
terbentuk kuat. Orang tua pula sudah kehilangan pertahanan diri. Oleh yang
demikian mereka yang terlibat dengan TASKA wajib menjalani pemeriksaan
kesihatan. Mereka wajib bebas dari penyakit yang mudah berjangkit atau merebak.
Sebagai contoh, apabila seorang pekerja sedang demam atau selsema atau batuk ia
mestilah bercuti sehingga sembuh baru boleh memulakan tugas semula. Penyakit
adalah perkara serius kepada kanak-kanak. Tiada kompromi dalam perkara ini.
Mana-mana TASKA yang engkar perlu dikenakan kompaun atau ditutup sementara atau
lesennya ditarik balik. Mungkin sijil mereka ditarik balik. TASKA memikul
tanggungjawab berat untuk negara. Bukan kantung dan saku yang perlu diisi
dengan wang keuntungan yang berganda-ganda. Kerana itu hanya mereka yang
benar-benar sihat dari segi fizikal dibenarkan turut sama mengendalikan TASKA. Tiada
kecuali. Risiko penyakit sangat tinggi. Boleh memusnahkan harapan sebuah keluarga.
Pemeriksaan Mental
Terlalu banyak hal-hal
yang di luar jangka. Ramai pengasuh yang diambil bekerja di TASKA tidak layak
dari segi mental. Mereka gagal dari segi psikologi. Mengasuh anak-anak kecil
perlukan mental yang segar. Tenang. Kerana itu mereka yang berminat bekerja di
TASKA wajib melalui suatu ujian aptitude. Hanya mereka yang lulus sahaja layak
diberi watikah sebagai pengasuh. Perlu ada latihan amali. Tugas mereka juga
perlukan pemantauan untuk mengesan sindrom mendera atau mengabaikan tugas atau
mengambil ringan sesuatu yang berkaita dengan asuhan mereka di TASKA. Aptitude Test
juga merangkumi minat mereka terhadap anak-anak kecil. Seri wajah mereka
berhadapan dengan bayi umpamanya. Sikap mereka yang tidak jijik dengan najis
besar atau kecil. Tanda-tanda nyata dan yang berkemungkin perlu diselami
melalui aptitude
test supaya mereka yang berkecenderangan mendera bayi umpamanya
dapat disingkirkan lebih awal. Jangan apabila sesudah terlambat. Sesudah kerosakan
berlaku. Sesudah kematian berulang-ulang. Kita perlu belajar dari sejarah yang
lalu. Perlu ada penamatnya.
Motif Penubuhan TASKA
Apabila menjadi
usahawan, motif utama tentulah keuntungan. Namun begitu keuntungan bukan
satu-satunya landasan mencapai kejayaan. Pemilik TASKA dijamin memiliki
kekayaan menasabah. Peralatan selamat, mencukupi dan diselenggara.
Keperihatinan adalah paling utama dalam menguruskan TASKA. Tanggungjawab di
dalam jiwa untuk membesarkan anak bangsa. Membangun bakal warganegara masa
hadapan. Keuntungan akan mengiringi TASKA yang bertanggungjawab. Berwawasan jauh.
Ingin kekal lama dalam industri. Namanya diiklankan dari mulut ke mulut. Kebaikan
TASKAnya bersalut antara kualiti dan kuantiti. Keuntungan jangkapanjang adalah
lebih utama supaya TASKA menjadi kerjaya bukan keuntungan singkat tetapi
menjerat diri sendiri. Pemilik TASKA bukan calang-calang orang. Mungkin perlukan
mereka yang bertaraf guru. Memiliki diploma atau ijazah child care. Menjadi agen keselamatan
anak-anak kecil dan bayi. Membantu menenangkan keserabutan ibu dan bapa muda
yang baru belajar menerima cenderamata.
Pemerhatian dan
Pemantauan Berkala
Apabila ditubuhkan sesebuah
TASKA tugas untuk memastikan ianya berfungsi selaras dengan aspirasi negara
tidak boleh terhenti begitu sahaja. Perlu ada pemantauan berkala. Ada
pemeriksaan premis dari semua phak yang terlibat seperti Pejabat Kesihatan,
Bomba dan Penyelamat, Majlis Perbandaran/Bandaraya dan mungkin Pejabat
Pendidikan Daerah. Pemantauan berfungsi untuk menambahbaik. Bukan untuk mencari kesalahan. Bukan
kesalahan yang dihighlight
tetapi cadangan untuk memperbaiki keadaan yang lebih penting. Semua orang
bertanggungjawab untuk melestarikan industri TASKA sesuai dengan lonjakan untuk
memajukan negara. Aspek penjagaan anak-anak menjadi penting. Semakin pengting.
Sudah sampai masanya TASKA
menjadi institusi rasmi. Bergerak seiring dengan pembangunan manusia. Pembangunan
insane kecil yang dikatakan permata negara. Jangan jadikan ianya ungkapan manis
dimulut. Perlu ada tapak kukuh untuk merealisasikan sebuah impian segar yang
muluk-muluk masa hadapannya. Cerita TASKA ini sudah puluhan tahun lamanya tetapi
kerajaan belum juga merealisasikannya. Ianya perlu diwajibkan di semua
organisasi supaya rasa selamat benar-benar selamat sudahnya. InsyaAllah jika
semuanya disegerakkan bersama.
No comments:
Post a Comment