Kita hidup untuk
hari ini. Kita telah hidup semalam. Selalunya kita berdoa dan mengharap untuk
hidup esok, lusa, tulat, langkat, minggu hadapan, bulan hadapan, tahun hadapan
dan dekad demi dekad. Jika semalam adalah sejarah, hari ini kita membina
sejarah yang lebih baik. Untuk esok kita rancangkan sejarah lain yang lebih
gemilang.
1
Mungkin
angan-angan kosong.
2
Mungkin
cita-cita yang penuh dengan azam.
3
Kita
sudah bertapak. Sudah ada asas untuk melakukan yang lebih baik.
Selalunya orang
bermula dengan angan-angan. Maaf, angan-angan kepada orang Melayu dianggap
sesuatu yang kosong. Apabila kita pinjam bahasa Inggeris, angan-angan menjadi vision.
Sesuatu yang besar harapannya boleh dicapai dengan izin Allah. Jika kita sorot
cerita-cerita karut
orang Barat sebenarnya memulakan suatu episod besar dalam sejarah. Terbang ke
bulan menjadi kenyataan. Mengembara ke pusat bumi menjadi kenyataan apabila
banyak fakta mengenai gunung berapi didokumentari dan didokumentasikan. Apabila
membicarakan tentang planet Marikh, akhirnya manusia mendapat banyak fakta dan
visual dari sana. Filem Star Wars umpamanya mengasaskan adanya senjata
laser atau peralatan menggunakan laser dalam kehidupan. Untuk memusnahkan atau
untuk perubatan. Minda kita memiliki kapasiti untuk berfikir. Dalam teori brain storming
angan-angan yang terlalu gila memungkinkan terciptanya sesuatu yang memberi
manfaat besar kepada manusia. Lihat sahaja hasil kajian Issac Newton. Seluruh
dunia menjadikannya sesuatu yang biasa-biasa sahaja. Kita menerimanya dengan
senang hati. Sekiranya kita berada pada zamannya tentu ramai yang mengatakan
bahawa ideanya adalah gila.
Kita boleh melihat.
Penglihatan kita jelas. 20-20. Apa yang kita pandang sebenarnya. Mungkin kita
memandang kosong. Tidak wajar kerana banyak yang boleh dipandang dengan adil.
Dengan maknanya yang tersendiri. Dengan kesedaran bahawa yang kita pandang
adalah ciptaan Allah Yang Maha Besar. Setiap yang kita pandang ada manfaatnya
kepada kita. Menyedarkan bahawa kita terlalu kerdil. Terlalu kecil. Telalu seni
untuk megatakan bahawa kita adalah hebat. Apatah lagi untuk mengatakan kita
adalah besar. Kuasa jauh sekali. Kesemuanya milik Allah. Kita diberi pinjam
yang sedikit. Terlalu sedikit. Tersangatlah sedikitnya. Bagaimana jika kita
memandang terus ke hadapan. Kita sedar kita ada pengalaman semalam. Pengalaman
itu mungkin indah atau sebaliknya jelik belaka. Manusia pada fitrahnya
menginginkan yang baik-baik untuk dirinya. Untuk orang-orang yang dekat dengan
dirinya. Kejayaan, kebahagiaan dan kesejahteraan. Anugerah Allah itu didatangkan
tidak semudah yang kita jangka. Memang ada manusia yang dianugerahkan
kesemuanya. Cuma pengalaman para anbia memberikan kita input untuk berfikir
bahawa Allah memberi berbagai ujian untuk kita akhirnya menikmati erti
kejayaan, kebahagiaan dan kesejahteraan itu.
1
Sifatnya
pula mungkin sementara atau kekal.
2
Ianya
beperingkat-peringkat. Pada suatu ketika ianya rendah. Pada ketika yang lain
peringkatnya tinggi.
3
Yang
kekal ialah sejarah silamnya. Sejarah masa hadapanya selalu berubah.
4
Kita
berada dalam semua keadaan.
5
Tidak
mungkin dulu, kini dan selamanya sama. Segala-galanya berubah apabila sampai
masanya.
Di hadapan sana
bergantung kepada penglihatan kita. Jelas atau berkabus. Dengan peralatan yang
canggih kita boleh melihat di sebalik kabus. Di sebalik gelap malam. Alat itu
tidak semestinya peralatan fizikal seperti teropong. Yang lebih penting ialah
peralatan yang dinamakan ilmu. Dengan izin Allah ilmu banyak membantu manusia
untuk menjalani kehidupan di atas muka bumi ini dengan yakin dan berwawasan.
Wawasan itu dengan ilmu. Memandang ke hadapan dengan ilmu. Bukan dengan mata
kasar semata-mata. Kerana itu:
1
Tiada
pengganti ilmu.
2
Ianya
perlu dicari mengikut kemampuan yang ada. Kapasiti minda, masa, kos dan
sebagainya.
3
Kekuatan
hasrat dan azam mesti ada untuk menjadi lebih baik. Lebih luar biasa dari
biasa-biasa sahaja. Tidak menjadi terlalu lumrah. Menjadi tidak signifikan.
4
Ilmu
mengangkat darjat. Sekurang-kurangnya lebih mengetahui dari setengah orang lain
yang tidak tahu apa-apa langsung.
5
Ilmu
mengangkat amal ke peringkat yang lebih global. World view yang lebih luas.
Lebih terbuka. Lebih benyak memberi peluang kepada minda untuk meneroka lebih
jauh dan lebih luas.
Manusia yang
terlalu berserah menafikan haknya untuk menjadi lebih baik. Dalam setiap gerak
ada usaha yang tertentu. Mungkin boleh kita ambil iktibar dari kisah Siti
Maryam setelah sahaja melahirkan Nabi Isa a.s.
Dalam keadaan lapar, dahaga dan letih lesu dia diperintahkan supaya
menggoncang sepohon kurma yang besar dan tinggi. Kepada minda orang Melayu
umpamanya arahan seperti itu seperti hendak membunuh. Tidak masuk akal. Nanti
dulu. Bagaimana jika arahan Allah. Siti Maryam yang dibesarkan sebaik-baik
wanita menuruti perintah itu. Secara hakikatnya pohon itu tidak bergerak
sedikitpun. Tidak begoyang langsung. Namun
buahnya yang masak berguguran jatuh ke bawah. Buah itulah yang menjadi rezeki
Siti Maryam. Memberi tenaga kepadanya. Melancarkan air susu untuk Nabi Isa a.s.
Sesuatu yang datangnya dari Allah tiada soal jawabnya. Tiada dalih-dalihnya.
Wajib dilakukan kerana ada manfaatnya untuk kita. Balasannya mungkin di dunia
atau di akhirat. Mungkin juga di dunia dan di akhirat. Balasannya hak Allah.
Tanggungjawab untuk malakukannya hak kita.
Apabila kita berhasrat
untuk hidup esok maka kita kenalah merancang yang terbaik untuk diri kita dan
untuk diri orang-orang yang dekat dengan kita. Kita berserah hanya pada
peringkat akhir apabila segala usaha telah dilakukan mengikut kapasiti yang
kita ada. Setalah kita berdoa dengan sebanyak-banyaknya. Setelah kit arasa
tiada lagi yang mampu kita lakukan. Apa yang saya cadangkan ini mungkin berat
tetapi banyak membantu pada masa hadapan.
1
Jangan
berhenti belajar. Belajar memberikan input yang berbagai. Pemikiran kita lebih
banyak membuka untuk berfikir lebih besar. Lebih banyak. Lebih tinggi.
2
Tambahan
ilmu bermakna tambahan untuk membuka ruang minda yang selama ini mungkin
terlindung. Setiap orang mengalami sindrom pandangan haizat. Tidak melihat
sudut yang sepetutnya dilihat. Ilmu membantu ke arah itu.
3
Ilmu
memberi laluan yang lebih luas dan lebih panjang. Banyak alternatif yang akan
terbuka di hadapan kita.
4
Ilmu
memberi ruang untuk menambahbesar kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan.
Semakin manusia
belajar sebenarnya pandai itulah yang kita dapat. Yang namanya semakin pandai
ialah keupayaan menggunakan pemikiran peringkat tinggi. Ahli psikologi menggunakan
istilah otak kanan dan otak kiri. Saya hanya ingin memberi yang santai dan
ringan. Untuk sama-sama kita fikir dan renungkan bersama. Ramai orang terlalu
berserah. Tunggu sahaja apa yang Allah anugerahkan. Pada suatu peringkat ianya benar.
Tetapi pada kebanyakan hal kita diperintahkan supaya berusaha. Terus berusaha
untuk memperbaiki keadaan. Jika tidak, kita berada di tahap yang terlalu dasar.
Di bawah. Selalu dilangkau oleh orang lain. Tidak dilihat. Tidak signifikan. Selalu
dilepas pandang oleh orang lain. Tugas kita ialah mengangkat diri. Memberi manfaat
kepada orang lain. Kepada seberapa ramai orang lain. Dengan ilmu. Dengan harta.
Dengan kerja amal. Dengan nasihat dan dengan kebijaksanaan kita.
Ramai orang selalu
lupa bahawa ramai orang yang mengharapkan dirinya:
1
Pasangan
hidupnya.
2
Ibu
dan bapanya.
3
Ibu
dan bapa mertuanya.
4
Adik
beradiknya dan adik beradik pasangannya.
5
Saudara
maranya.
6
Sahabat
handainya.
7
Rakan
sekerjanya.
8
Masyarakat
sekelilingnya.
9
Nearanya.
10
Agamanya.
11
Jangan
lupa tuntutan Allah dan tuntutan RasulNya.
Kita tidak boleh
menunggu segala-galanya digugurkan dari langit. Banyak jalan yang Allah buka
untuk kita lalui dalam mencari yang terbaik untuk diri kita dan orang-orang di
sekeliling kita.
1
Malas,
bukan kata kosa orang yang tinggi wawasannya.
2
Tidak
berminat, bukan minda orang yang hasratnya ke hadapan.
3
Tunggu,
bukan minda orang yang ingin terus maju.
4
Nanti,
bukan urusan orang yang mengejar kejayaan.
5
Lambat
lagi, bukan ideologi yang terbaik bagi orang yang hidup kerana maut boleh
datang pada bila-bila masa tanpa mengira usia.
6
Sedang
mencari ilham, bukan lagak orang yang berusaha.
7
Belum
ada seru, bukan sikap orang yang ingin kemajuan.
8
Banyak
tidur, bukan prinsip orang yang ingin hidup lebih bahagia.
9
Masih
muda, bukan sikap orang yang di hadapanya banyak tanggungjawab yang nanti
datang berombak dan berdesah-desah
melebihi tsunami.
10
Minat
saya bukan di situ, bukan sikap terbaik bagi mereka yang inginkan yang maksimum
dan optimum untuk dirinya dan orang-orang yang dekat dengan dirinya.
11
Tiada
masa, alasan orang banyak menghabiskan masa dengan sia-sia. Menfaat tidak
dicari. Sebaliknya masanya dibuang dengan berborak, mengelamun, berdengkur atau
banyak hal lain yang tidak termasuk dalam senarai amal baik.
Jika kita boleh
duduklah sebentar. Pandang ke hadapan. Buang yang berbalam-balam. Buka minda
dan hati. Lihat harapan yang mengamit. Peluang yang melintas di hadapan mata. Keindahan
yang menggemerlap. Kesejahteraan yang menenangkan. Pilihan kepada kita. Benar. Tetapi
malang jika kita melepaskannya hanya kerana kita terlalu menjadi diri kita yang
terlalu menyendiri. Kita hanya perlu sedikit minda yang terkehadapan. Membuka laluan
lebih baik untuk masa hadapan semua yang diharapkan. InsyaAllah Allah bersama
kita jika kita serahkan segala usaha kita kepadaNya.
No comments:
Post a Comment