Kita sedang
berpuasa sekarang. Bulan ini bulan apa? Pastinya ada dua jawapan. Pertama
mengatakan sekarang bulan Julai. Cukup? Cukup. Sekarang bulan Julai. Apa
signifikannya bulan Julai? Setakat ini tidak ada. Bukan bulan Ramadahankah
sekarang ini? Saya berpuasa Ramadhan. Bulan ini bulan Ramadhankah? Yang mana
sebenarnya. Bulan Julai atau bulan Ramadhan. Isu ini mudah tetapi di mana kita
sebenar-benarnya dalam isu ini. Dalam skop agama kita di mana. Penganut,
pengamal atau pengikut. Jika kita mengaku Muslim, mengapa tidak tahu takwim
Islam. Tidak merasa signifikannya bulan-bulan Islam kepada diri kita. Tidak
merasakan besarnya bulan-bulan Islam yang kita tinggalkan itu. Kita terlalu
selesa dengan bulan Masehi sehingga kita lupa hak yang dituntut ke atas kita.
Hak seorang Muslim terhadap agamanya. Ramai yang mengingat 1 Januari, 14
Februari, 1 Mei, 31 Ogos dan 25 Disember. Itu belum hari guru, hari ibu, hari
bapa, hari peladang dan hari-hari yang selalu disambut tanpa mengetahui
hakikatnya. Ada hari-hari yang perlu kita sambut. Ada yang dikatakan haram
disambut. Tetapi itulah yang galak disambut. Ikut trend. Maka apabila orang
masuk lubuk anak-anak muda kita pun masuk lubuk juga. Yang lain dikatakan tiada
signifikannya dari segi agama. Jadi sia-sia sahaja. Hari-hari yang tiada
maknanya dalam agama.
Kita sudah terlalu
mendarah daging dengan bulan-bulan yang namanya Januari, Februari, Mac, April,
Mei, Jun, Julai, Ogos, September, Oktober, November dan Disember. Semuanya
berkisar pada bulan-bulan itu. Hari lahir, ulangtahun, nikah kahwin, kenduri
kendara, perjalanan, maulid dan banyak lagi perayaan Islam yang tidak
dinisbahkan kepada bulan Islam. Kita tahu maulid al-Rasul pada 12 Rabiulawal
tetapi kita sebut tarikh Masehinya. Hilang signifikan bulan Rabiulawal. Bulan
padanya dilahirkan seorang Rasul akhir zaman. Penghulu kepada semua Rasul.
Rasul yang padanya disempurnakan Islam dan Allah redha Islam menjadi agama umat
Muhmmaad. Kalander kita kalander berasaskan tahun Masehi. Kiraan matahari.
Penjajahan ekonomi dan minda terhadap umat Islam menghakis kecintaan kita
terhadap tahun dan bulan hijrah. Pusing mana sekalipun kita kembali kepada
tahun dan bulan Masehi. Apabila sesuatu itu diambil dari kita, maka kita
kehilangannya. Kita sendiri membuat pilihan untuk menolak dari menggunakan
tahun dan bulan Hijrah. Kita sebatikan diri kita dengan Masehi. Kerana itu kita
semakin jauh dan menjauh dari semangat beragama. Mari kita lihat antara
signifikannya bulan-bulan Islam:
Bil
|
Bulan
|
Signifikannya
|
1
|
Muharram
|
Nabi Musa AS selamat dari Firaun. (Firaun tenggelam di Laut
Merah).
|
2
|
Safar
|
Banyak di kaitkan dengan Nabi Nuh AS
|
3
|
Rabiulawal
|
Kelahiran Rasulullah SAW
|
4
|
Rabiulakhir
|
|
5
|
Jamadilawal
|
|
6
|
Jamadilakhir
|
|
7
|
Rejab
|
Isra’ dan Mi’raj
|
8
|
Syaaban
|
Berubahnya qiblat dari mengarah ke Baitul Maqdis ke
Makkah (Baitullah)
|
9
|
Ramadhan
|
Puasa
|
10
|
Syawal
|
Idilfitri
|
11
|
Zulkaidah
|
|
12
|
Zulhijjah
|
Idiladha
Wukuf di Arafah
Ibadah Qurban
|
Bulan-bulan Syawal,
Zulkaidah dan Zulhijjah adalah tiga bulan-bulan haji. Kita tahu 1 Muharram, 1
Syawal dan 10 Zulkaidah. Tarikh-tarikh yang lain kesemuanya sudah tiada
nisbahnya kepada Islam. Mungkin bulan Ramadhan agak signifikan sebab panjangnya
sebulan. Lama dirasa. Teringat lapar dan dahaga. Maka kita ingat puasa di bulan
Ramadhan. Namanyapun puasa Ramadhan. Cuba bandingkan antara bulan-bulan Masehi
dan bulan-bulan Hijrah. Kita perhati sama-sama. Hendak memulakannyapun suatu
dilema yang besar. Hendak dilihat yang Masehi dahulu kemudian dilihat yang
Hijrah. Atau dilihat yang Hijrah kemudian dilihat yang Masehi. Untuk itu sahaja
kita sudah semakin payah hendak membuat keutamaan. Malang sungguh Islam.
Menjadi terlalu tidak signifikan. Benarlah sabda Rasulullah, Islam asalnya
dagang, ia akan kembali dagang. Maksudnya dari hina menjadi mulia. Dari mulia
kembali menjadi hina. Apa sahaja yang dikaitkan dengan Islam dilihat tidak
menarik. Sebab itu apabila kita menyambut hari-hari perayaan Islam kita
selitkan dengan hal-hal yang tidak Islamik. Bukan Islamik. Jauh dari sifat
Islamik.
Ramadhan ini cukup
cantik. Siangnya kita berpuasa. Kita tidak mengumpat. Tidak melakukan yang
haram seperti merokok. Sopan dan beradab terhadap agama. Petangnya kita
berbuka. Kita bertarawih dan makan sahur sebelum solat Subuh. Allah mengatur
Ramadhan Karim secantik-cantiknya. Ganjaran sahaja sepanjang bulan. Bulan yang
penuh syahdu. Dirindu dan diharap datangnya. Ditangisi perginya. Dibimbingi
tiada bersuanya lagi. Apa yang terjadi selepas berbuka puasa pada akhir
Ramadhan? Cuba ingat kembali akhir Ramadhan yang berlalu banyak kali dalam
hidup kita. Kita sibuk menyediakan lauk pauk. Bukan menambah ibadat. Kita sibuk
membuat kuih. Bukan menambah pahala. Kita sibuk menghias rumah. Bukan menghias
amalan kita. Kita sibuk menonton TV. Bukan cuba menonton serba kekurangan yang
ada pada diri kita. Mungkin cacat puasa kita.
Kita terkinja-kinja mengikut irama. Bukan berzikir kerana mengagungkan
Allah. Kita menonton drama dengan tangisnya. Kita tidak menangis kerana
Ramadhan sudah tiada.
Besarnya signifikan
bulan-bulan Hijrah tidak dapat disangkal lagi. Bulan Rejab umpamanya adalah
bulan Rasulullah diisra’ dan mi’rajkan Allah. Dari Makkah ke Baitul Maqdis dan
kemudianya ke langit. Untuk menerima perintah bersolat fardhu lima waktu sehari
semalam. Solat pula dijadikan tiang
agama. Tanpa solat cacat segala-galanya. Cacat imannya. Cacat Islamnya. Malah
solat menjadi penentu sama ada pahala kita dikira atau tidak. Di akhirat, tanpa
solat semua pahala yang kita buat diabaikan begitu sahaja. Maknanya pahala
solat dulu yang dikira. Yang lain-lain mengikut selepsanya. Pahala solat
mendahului senarai. Tanpa pahala solat, senarai itu ditiadakan. Semasa mi’raj
itulah adanya syahadah. Selawat. Tasyahud. Rasulullah secara hakiki mengadap
Allah. Sebab itu apabila solat, cuba insafkan diri bahawa kita sedang
memindahkan diri kita mengadap Allah seperti yang berlaku ketika Rasulullah
mengadap Allah. Jika dapat kita lakukan begitu solat kita tentu lebih bermakna.
Lebih khusyuk. Dalam istilah agama ianya disebut ihsan. Beribadat seolah-olah
kita melihat Allah. Oleh kerana tidak mungkin kita melihat Allah, maka kita
terbalikkan suasana. Allah melihat kita. Allah memerhati kita. Allah sentiasa
bersama kita.
Jika kita tidak kembali kepada segala-galanya yang
berkait dengan Islam kita akan kehilangan semua yang bernilai dalam kehidupan
kita. Usia kita dikira mengikut Hijrah. Bukan Masehi. Kita ingatkan bahawa usia
kita masih panjang. Pada hakikatnya berbaki sedikit sahaja lagi. Kita mengira
mengikut Masehi sedangkan usia ditentukan
Allah mengikut Hijrah. Lebih cepat ajalnya. Lebih cepat meninggalkan
dunia yang terlalu kita cintai ini. Marilah kita kembali kepada mencintai semua
yang Islamik. Orang tercari-cari yang Islamik. Ianya di hadapan mata kita. Al-Quran
dan al-Haditah sentiasa menanti untuk dibaca. Ditafsir. Diamalkan perintahnya. Meninggalkan
larangannya. Rujuk dan rapatlah dengan ulamak. Mereka mengerti tentang agama. Agama
bukan hal main-main. Benar kubur masing-masing. Tetapi kubur kita orang yang
gali. Kita dimandikan. Bukan mandi
sendiri sebelum mati. Kita dikapankan. Bukan berkapan sendiri. Kita disembahyangkan.
Tidak mungkin kita sembahyang sendiri kerana kita sudah mati. Insafi peringatan
yang selalu kita baca. Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan. Benar,
kubur lain-lain tetapi kubur kita orang tolong uruskan. Maka nasehat menasehati
dalam perkara yang hak adalah suatu tanggungjawab besar kepada umat Islam. Dakwah
yang selalu kita tinggalkan.
No comments:
Post a Comment